100 hadir seminar fiqh darah wanita anjuran ISMA Alor Setar

sfw01

ALOR SETAR, 1 November – Hampir 100 orang peserta memenuhi Dewan Seminar Isma Alor Setar bagi mendengar kupasan fiqh darah wanita dari segi syarak dan perubatan.

Program seminar yang julung-julung kali diadakan di situ menampilkan Ustazah Norrita Abu Bakar dan Dr. Murizah Mohd Zain sebagai panelis.

Menurut Dr. Murizah yang juga merupakan Ketua Wanita Isma Alor Setar, matlamat seminar ini ialah untuk memberi kefahaman tentang hukum-hakam barkaitan darah wanita yang sering menjadi tanda tanya masyarakat khususnya wanita Islam.

sfw02

Turut dijelaskan dalam seminar ini ialah jenis-jenis darah seperti haid, nifas dan sebagainya dari sudut perubatan moden dan kaitkannya dengan hukum-hakam syarak.

Seminar yang mendapat kerjasama pertubuhan I-Medik Cawangan Kedah ini juga dihadiri mereka yang bekerja dalam bidang kesihatan seperti pembantu perubatan, jururawat dan ahli farmasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *