15 hingga 20 kes hamil luar nikah di Kedah setiap bulan – Dr Murizah

??????????

KEPALA BATAS, 18 April – Di Kedah sahaja, kira-kira 15-20 kes kehamilan luar nikah direkodkan berlaku setiap bulan,” demikian menurut Pengerusi Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia (I-Medik) cawangan Kedah Dr. Murizah Mohd Zain yang juga merupakan Pakar Perunding Kesihatan Reproduktif, Hospital Sultanah Bahiyah.

Tambahnya, statistik daripada Bahagian Ibu dan Anak, Kementerian Kesihatan untuk seluruh Malaysia bagi separuh tahun pertama Januari hingga Jun 2013 menunjukkan seramai 8,433 remaja lingkungan 10 ke 19 tahun yang hamil, 2,092 orang atau 25% daripadanya adalah tidak berkahwin.

Beliau berkata demikian dalam program “Say No to Zina” di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Kepala Batas, Rabu lalu.

??????????

Ujarnya, golongan remaja zaman kini perlu didedahkan keburukan zina sejak awal lagi bagi membendung gejala pembuangan bayi di Malaysia.

Menurut beliau, gejala zina telah menjadi satu fenomena dan masalah sosial yang sangat teruk dan membimbangkan yang sedang menular dalam negara kita, bukan sahaja berlaku di bandar-bandar malah turut berlaku di kawasan perkampungan.

Program Say No To Zina di SMK Kepala Batas ini dihadiri kira-kira 800 pelajar dan guru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *