3 Ramadhan dalam sejarah Islam

dinasti buwaih

Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam 3 Ramadhan.

1. Kematian Saidatina Fatimah az-Zahra’ r.a – Pada 3 Ramadan 1239H, bersamaan 21 Februari 632M, Fatimah az-Zahra’ anak baginda S.W.T dan suami Saidina Ali r.a telah dilahirkan.  Manakala Saidina Hasan dan Husin  adalah cucu baginda S.A.W.

2. Kematian Marwan bin Hakam – Pada 3 Ramadan 65H, bersamaan 21 Februari 632H Marwan bin Hakam pengasas kedua kerajaan Umaiyah meninggal dunia. Beberapa pencapaian besar telah berjaya dicapai semasa pemerintahannya. Antaranya ialah penetapan sistem timbangan dan ukuran.

3. Pemimpin Chad Menemui Syahid – Pada 3 Ramadan 1307H, bersamaan 22 April 1890H, pemimpin Islam Chad terkenal Putera Rabih bin Zubair yang mendirikan Kerajaan Islam di Chad, Afrika mati syahid setelah tentera Perancis menyerang kerajaan beliau dan berjaya memasuki  ibu negerinya iaitu ‘Dekoa’.

4. Majalah an-Nazir dihentikan penerbitannya – Pada 3 Ramadan 1358H, bersamaan 16 Oktober 1939M, majalah Ikhwan al-Muslimin iaitu ‘an-Nazir’ dihentikan penerbitannya.

5. Peristiwa Tahkim – Pada 3 Ramadan 37H, bersamaan 11 Februari 658M, majlis perdamaian dikenali sebagai Tahkim antara Saidina Ali bin Abu Talib dan Saidina Muawiyah bin Sufian termeterai. Peristiwa ini berlaku setelah tamatnya Perang Jamal dan Perang Siffin. Perang Jamal berlaku antara pihak tentera Saidina Ali dengan pihak Bani Umaiyah serta pihak Saidatina Aisyah, Talhah dan Zubair pada bulan Sya’ban tahun 36H. Pada bulan Muharram 37H meletus pula Perang Siffin antara tentera Saidina Ali dengan tentera Saidina Muawiyah. Ekoran peristiwa Tahkim ini muncullah puak Khawarij dan Mesir dikuasai oleh Saidina Muawiyah. Semoga Allah merahmati para sahabat kesemuanya.

6. Jalal ad-Daulah Sultan Bani Buwaih memasuki Baghdad – Pada 3 Ramadan 418H, Abu Tahir Jalal ad-Daulah Sultan Bani Buwaih memasuki Baghdad setelah Khalifah al-Qadir keluar dari Baghdad untuk menemuinya. Khalifah kemudian menyerahkan urusan pemerintahan kepada beliau dan memberi keyakinan kepadanya. Dengan yang demikian Jalal ad-Daulah dapat mengukuhkan kedudukannya di Baghdad setelah berjaya menguasainya dan memasukkan nama beliau untuk disebut dan didoakan dalam khutbah Jumaat.

Tulisan asal oleh Dr. Rasyad Lasyin.

Terjemahan dan suntingan oleh:
Ustaz Mohd Najib bin Sulaiman
ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *