4 Februari 2016: Malaysia dijajah melalui ekonomi

12646723_10153821525545600_2051340292444567970_o

Akhirnya TPPA telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia. Persetujuan ini telah membelakangkan ramai rakyat yang keras menentang dan tak kurang juga yang masih samar terhadap kewujudan dan kesan jangka masa panjang perjanjian ini terhadap kedaulatan negara. Tindakan ini boleh dianggap keterlaluan apatah lagi dalam keadaan rakyat bergelut dengan peningkatan kos sara hidup dan juga kemelut politik yang diada-adakan terutamanya di negeri Kedah.

Gambar ini harus ditatapi dan diingati oleh segenap pelusuk masyarakat agar kita dapat menuntut segala janji-janji manis yang telah ditaburkan oleh pihak kerajaan kepada kita. Merekalah yang telah menggula-gulakan sebahagian besar pemimpin dan rakyat dengan mimpi-mimpi indah yang jauh daripada realiti semasa. Segala kebimbangan para pemimpin dan rakyat yang sedar terhadap ancaman perjanjian ini langsung tidak diendahkan.

Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air ini haruslah bersatu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Marilah kita sama-sama lebih perihatin dan berwaspada terhadap segala usaha dan perancangan licik untuk menjatuhkan negara kita apatah lagi selepas perjanjian ini dimetrai. Janganlah kita bersikap mementingkan diri dan mudah terpengaruh dengan permainan pihak-pihak yang berkepentingan. Hakikat imperialisme dan kolonolisme tidak pernah berubah walaupun sering hadir dalam bentuk yang memukau pemimpin dan rakyat yang leka dan lalai daripada amanah dan tanggungjawab.

Azimi Rahman
Ketua Pemuda
ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *