4 Ramadhan dalam sejarah Islam

belgrade

Peristiwa-peristiwa dalam sejarah jatuh bangun Islam yang telah berlaku pada 4 Ramadhan:

4 Ramadhan

1. Pembukaan Bandar Belgrade – Pada 4 Ramadan 927H, bersamaan 8 Ogos 1521M, Sultan Uthmaniyah berjaya membuka bandar Belgrade yang dikatakan sebagai kunci Eropah Tengah dan mempunyai kubu pertahanan terkuat di sempadan Hungary-Uthmaniyah. Pihak Uthmaniyah telah mengepung bandar ini sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1441M, 1456M dan 1492M namun tidak berjaya menawannya hinggalah pada zaman Sultan al-Qanuni pada 1521M, 4 Ramadan 927H.

2. Pengisytiharan Perang ke atas German – Pada 4 Ramadan 1073H, bersamaan 12 April 1663M, Kerajaan Uthmaniyah mengisytiharkan perang ke atas German setelah 56 tahun Perjanjian Satfatourok termeterai selepas perang yang meletus antara kedua belah pihak. Punca peperangan pada kali ini adalah kerana pihak German membina kubu dan benteng yang kuat di sepanjang sempadan German dengan Kerajaan Uthmaniyah.

Tulisan asal oleh Dr. Rasyad Lasyin.

Terjemahan dan suntingan oleh:
Ustaz Mohd Najib bin Sulaiman
ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *