6 Ramadhan dalam sejarah Islam

torah

Peristiwa-peristiwa dalam sejarah jatuh bangun Islam yang telah berlaku pada 6  Ramadhan:

1. Penurunan Kitab Taurat – Kitab Taurat diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s pada 6 Ramadan.

2. Pembukaan Amuriya (Gomorrah) – Pada 6 Ramadan 223H bersamaan 31 Julai 838M, Khalifah Abbasiyah Al-Muktasim menyahut permintaan bantuan pertolongan di Amuriya (Gomorrah) dan membukanya.

(Amuriya (Gomorrah) adalah sebuah bandar terbesar dan penting di bawah Kerajaan Byzantine, di bawah penguasaan Rom. Theophile Michael yang merupakan Maharaja Byzantine telah melakukan pencerobohan dan kekejaman ke atas wilayah-wilayah di kawasan yang bersempadan dengan kerajaan Islam Abbasiyah termasuk menawan seorang Muslimah. Laungan minta tolong penduduk Islam di kawasan berhampiran dan wanita Muslimah tadi disahut oleh khalifah dengan tindakan menggerakkan satu armada tentera untuk membuka dan menguasai Amuriya setelah melakukan pengepungan selama 55 hari bermula pada 6 Ramadan-pent).

3. Kemenangan pertama tentera Islam mengalahkan tentera Salib – Pada 6 Ramadan 532H bersamaan 17 Mei 1138M, kemenangan pertama tentera Islam ke atas tentera Salib tercapai di bawah pimpinan Imaduddin Zinki di Halab, Syam Utara.

4. Pembukaan Wilayah Sind – Pada 6 Ramadan 63H bersamaan 14 Mei 682M, Muhammad bin al-Qasim berjaya mengalahkan tentera India di Sungai Sind. Dengan kemenangan ini sempurnalah pembukaan dan penguasaan Islam di wilayah Sind. Peristiwa tersebut berlaku di akhir pemerintahan al-Qalid bin Abdul Malik.

Tulisan asal oleh Dr. Rasyad Lasyin.

Terjemahan dan suntingan oleh:
Ustaz Mohd Najib bin Sulaiman
ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *