Ada apa dengan 8 Ramadhan?

tabuk

Peristiwa pahit manis yang pernah berlaku dalam sejarah Islam pada 8 Ramadhan.

1. Pemergian Ustaz Abbas as-Sisi – Pada hari ini 8 Ramadan 1425H bersamaan 22 Oktober 2004M, Ustaz Abbas as-Sisi telah kembali ke rahmatlLah  yang merupakan salah seorang tokoh dakwah dan salah seorang anak didik Imam as-Syahid Hasan al-Banna pengasas dakwah Ikhwan Muslimin. Beliau terkenal dengan bukunya yang bertajuk “Dakwah kepada Allah adalah kasih sayang” yang kemudiannya menjadi tema aliran dakwah yang bersepadu.

2. Kemenangan Ke atas Kerajaan Ghaznawi – Pada hari ini 8 Ramadan 431H bersamaan 23 Mei 1040M, Sultan Saljuk Tughrul Bek berjaya mengalahkan tentera kerajaan Ghaznawi dalam Perang Dandanqan dan menguasai wilayah Khurasan. Kemengangan tersebut memaksa kerajaan Ghaznawi mengiktiraf kerajaan Saljuk sebagai kerajaan terbesar dan terkuat di rantau tersebut.

3. Sultan Alp Arslan memegang tampuk pemerintahan – Pada hari ini 8 Ramadan 455H bersamaan 4 September 1036M, bermula era pemerintahan Sultan Alp Arslan selepas kemangkatan pakciknya Sultan Tuhgrul Bek, pengasas kerajaan Saljuk. Sultan Alp Arslan dianggap antara tokoh besar sejarah dan peneraju kemenangan abadi ke atas Rom dalam Perang Manzikert (sekarang di Malazgirt, Turki) pada 26 Ogos 1071M.

4. Perang Tabuk – Pada hari ini 8 Ramadan 9H bersamaan 18 Disember 630M, berlaku Perang Tabuk. Rasulullah S.A.W pulang dari perang tersebut dalam bulan yang sama setelah Allah memenangkan tentera kaum Muslimin.

Tulisan asal oleh Dr. Rasyad Lasyin.

Terjemahan dan suntingan oleh:
Ustaz Mohd Najib bin Sulaiman
ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *