Adakah ISMA obses dengan ancaman Kristianisasi?

alkitab

Semenjak pengumuman kabinet baru diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini, ISMA dilontar dengan pelbagai kecaman dan kritikan berkaitan perlantikan salah seorang timbalan menteri yang boleh dikatakan sebagai tokoh dalam menjaga kebajikan Kristian.

Agak lucu apabila ada sesetengah pihak yang mahukan pandangan ISMA berkenaan perlantikan tersebut, walaupun selama ini pandangan ISMA dihentam habis-habisan.

Kita imbau semula pandangan-pandangan ISMA sebelum PRU-13 yang lalu. ISMA konsisten dan dengan lantang menolak agenda mengubah identiti Malaysia sebagai negara Islam, agenda liberalisme, agenda pluralisme, agenda muslim moderat, Syiah, Kristianisasi dan pemurtadan.

Dua hakikat yang perlu difahami ialah ISMA sebagai satu gerakan Islam mengutamakan pentarbiyahan yang syumul di kalangan ahli dan masyarakat. Pada masa yang sama, ISMA mahukan usaha penegakan syiar Islam di Malaysia terlaksana dan tidak tergugat.

Daripada dua hakikat inilah, ISMA menggunakan segala elemen-elemen baik sedia ada untuk usaha pentarbiyahan sebaik mungkin (amar ma’ruf) dan menghalang segala usaha yang boleh mengancam usaha tarbiyah dan aqidah umat Islam seluruhnya (nahi mungkar).

Perlu difahami bahawa ISMA sama sekali tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang jelas menjadi perosak aqidah umat Islam.

Inilah yang menjadikan ISMA sebagai gerakan Islam yang unik dan tersendiri berteraskan hujah syarak.

Betul, sekali imbas ISMA tampak bias dalam memberi komen yang lantang (kerana yang dikomen itu ramai di satu pihak sahaja).

Jadi selepas PRU-13 ini, adakah ISMA akan konsisten dengan agendanya? Jawapannya YA. ISMA kan tidak terikat dengan mana-mana blok politik?

Dan berbalik kepada soalan adakah ISMA obses dengan ancaman Kristianisasi? Jawapannya TIDAK, TETAPI ….

ISMA OBSES DENGAN USAHA PENEGAKAN ISLAM YANG SYUMUL DI BUMI MALAYSIA TANPA SEBARANG KOMPROMI DENGAN MUSUH.

Fakhruddin Afif Fauzi
Pengarang,
ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *