JITRA, 16 Mei – Biro Keluarga Dan Masyarakat Isma Alor Setar telah menganjurkan Seminar Keluarga Dakwah untuk ahli-ahli Isma mengenali dan memahami selok-belok menguruskan rumah tangga dakwah.
Menurut Ustaz Anuar Salleh, rumah tangga dakwah bererti ahli-ahli rumah tangga tersebut iaitu suami dan isteri terlibat dalam urusan-urusan dakwah kemasyarakatan dan bersama gerakan Islam.
“Jadi keadaan rumah tangga ini berbeza dengan rumah tangga biasa, kena urus dan pandai susun semua urusan rumah tangga dengan sebaik-baiknya tanpa mengabaikan tanggungjwab sebagai pendakwah dan aktivis gerakan Islam,” katanya ketika menjadi panelis forum dalam seminar tersebut.
Selain pasangan ahli Isma yang baru berkahwin, ahli-ahli Isma yang masih bujang juga turut dijemput mendengar perkongsian tentang tips memilih pasangan untuk membina baitul muslim yang sempurna.
0 Comments