“Akh, ana rasa kering la …”

star-wars

“Akh, ana rasa, makin lama ana dalam dakwah dan tarbiyah ni, ada rasa makin kering la”

“Rasa macam tak syiok je. Rasa macam nak rebel je”

“Jika dulu, masa baru-baru masuk usrah, rasa best giler ..”

“Seminggu tak pergi, rasa macam ada something wrong ”

“Tapi sekarang….”

“Datang usrah, tak datang usrah sama je…”

“Hati tetap kering…”

“Dah la ikhwah tak mesra macam dulu. Kalau ada masalah pun, sendiri rasa, sendiri tanggung.”

“Ana pun malas nak beritahu depa. Confirm, depa layan acuh tak acuh je…”

“Ana rasa kering la akh. Kering sangat…”

“Rasa nak lari jauh-jauh je…”

“Terjung sungai” (p/s Akh ni orang terengganu)

Tarbiyah kering.

Jika anda pernah merasai, simptom-simptom yang dinyatakan di atas, tahniah saya ucapkan. Kerana apa ? Kerana anda telah selangkah menapaki satu level baru dalam dakwah dan tarbiyah ini. Satu level baru yang semestinya penuh dengan mehnah dan tribulasi hidup. Satu level baru yang menuntut kita untuk berkorban lebih tanpa mengharapkan sebarang balasan, apatah lagi pujian manusia.

Tahniah !

Jangan risau, saya guarantee hampir semua pengerak di jalan dakwah ini, pernah merasai perkara yang sama seperti anda rasa. Cuma yang berbeza, bagaimana anda tanggapi semua permasalahan di atas. Adakah dengan berlari-lari sekuat hati, lalu terus terjun ke dalam sungai, tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi ? (Analogi orang yang terus lari daripada dakwah), ataupun anda berlari-lari sekuat hati, lalu hampir terjun ke dalam sungai, tiba-tiba anda berhenti. Sebab apa ? Sebab anda baru sedar yang anda sebenarnya tidak pandai berenang ? Anda betul-betul tidak pandai. Anda perlukan seseorang untuk menasihati anda.

Adakah anda seperti itu ?

Rasa diri hebat

Rasa diri sudah hebat, adalah tanda bahawa hati kita sedang bermasalah. Iya benar ! Kadang-kala kita tidak sedar bahawa pada suatu ketika, syaitan sedang mencucuk-cucuk hati , supaya kita berbangga dengan pencapaian kita di sepanjang jalan dakwah ini.

Kita berbangga bahawa ,

Kita kini sudah menjadi mas’ul atau mas’ulah, naqib dan naqibah kepada lebih 20 usrah, pembentang di merata-rata tempat, memegang portfolio jawatan yang tinggi di dalam organisasi dakwah. Kita rasa kagum , kita rasa ujub dengan diri sendiri. Lalu, secara tidak langsung, kita mula memandang remeh kepada teguran-teguran dan wajibat-wajibat yang perlu kita jalankan.

Kita rasa besar kepala. Ha, istilah ini lebih tepat. Kita rasa besar kepala.

Disuruhnya adik-adik usrah baca sepage Al Quran sehari, tapi dirinya tidak baca langsung Al Quran, atas alasan sibuk. Disuruhnya adik-adik usrah solat tahajud sekurang-kurangnya seminggu sekali, tetapi dia, lebih kuah daripada sudu. Sebulan sekali pun belum tentu confirm bangun.

Aiseh..

Mana tak rasa kering. Patutnya bila kita suruh adik-adik usrah baca sepage Al Quran sehari, kita wajib baca satu page atau lebih. Sebolehnya sejuzuk sehari.

Ikhwah akhwat sekalian,  kita seharusnya sedar, semakin tinggi level kita dalam dakwah dan tarbiyah ini, semakin sukar proses penyucian diri kita (tazkiyatun nafs). Hal ini, kerana, syaitan akan semakin dasyat mengoncang iman kita. Syaitan akan semakin dasyat menganggu kita. Pastinya, syaitan-syaitan ini tidak akan berputus asa, dan akan terus menganggu kita dengan lebih dasyat lagi. Level syaitan yang menganggu pun bukan calang-calang.

Yet, apa yang akan jadi bekalan kita, andai mutabaah amal kita tidak lebih baik daripada dulu, ataupun dengan kata yang lebih sinis..

‘Lebih teruk daripada dulu ……. ‘

Boleh jadi salah pada permulaan

Antara sebab lain juga, adalah boleh jadi salah pada permulaan. Apakah maksudnya ?

Saya selalu mengambil kata-kata Abu Ammar di dalam Muntalaq apabila dia berkata, kurang lebih maksudnya begini

“Boleh jadi putus asa pada pertengahan perjalanan itu disebabkan oleh salah niat pada permulaan”

Ya benar ! Cuba kita check kembali niat kita menyertai jalan dakwah ini ?

Adakah semata-mata mahu mendapatkan isteri yang solehah ?

Ataupun semata-mata mahukan pangkat dan harta ?

Kemasyhuran ? Ataupun kawan yang baik-baik ? Apa sebenarnya yang kita mahu ?

Jika redha Allah yang kita mahu, maka tahniah diucapkan. Kerana kita sedang meniti jalan yang betul dengan kenderaan yang paling betul.

Jika niat kita salah, maka, kita harus mengubah niat kita saat ini juga. Tiada tangguh-tangguh ! Kerana boleh jadi, kita sedang menaikki kenderaan yang salah, dan mungkin kenderaan itu tayarnya pancit atau ada rosak sana sini sehingga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Dan kesan daripada kemalangan itu ada dua. Sama ada kita terselamat tetapi cedera parah, ataupun kita mati ! Ya mati ! Kita terus mati daripada jalan dakwah menuju Allah ini. Kita terus berhenti. Dan tidak hidup-hidup kembali. Dan kalaupun kita masih lagi selamat, kita sebenarnya sedang cedera parah dan proses untuk sembuh itu memakan masa. Paling teruk, kita mungkin cacat seumur hidup !

Jadi pilihalah kenderaan yang paling betul dan paling berkualiti. InsyaAllah, perjalanan kita akan selamat menuju destinasi.

Ukhuwwah eratkan

Jujur, hidup dalam sebuah jemaah ini adalah seperti hidup dalam sebuah keluarga.

Ya, sebuah keluarga. Sebuah keluarga yang mempunyai memoir hidupnya sendiri.
Kenangannya sendiri.

Susah senang dikongsi bersama. Sebut sahaja apa sahaja peristiwa ketika‘senang’… baru berkahwin ? baru memperolehi cahaya mata ? baru graduasi ? baru memperoleh pekerjaan yang bagus- bagus ? semuanya insyaAllah akan dikongsi dan disambut bersama. pemudah kata beginilah ;

“kegembiraan antum adalah kegembiraan
ana juga”

dan

“kegembiraan ana, adalah kegembiraan buat
antum juga “
Hrmm.. tika senang sahaja ke ?
Tidak, malahan ketika susah juga kita
bersama.
Ada ikhwah kemalangan ? kecurian ? kematian ? kereta rosak ? kekurangan
wang ? aiseh… jangan risau, pasti ada sahabat yang akan membantu.
Begitulah. Nilai ukhuwwah di dalam sebuah jemaah itu.

Bilamana kita tidak lagi merasai nilai-nilai ini, ataupun kebasahan ukhuwwah ini, jangan pernah menyalahkan orang lain. Jangan sesekali menyalahkan orang lain tidak mampu membuatkan kita bahagia. Tidak mampu menyiram air kepada kita lalu membuatkan kita basah. Jangan !

Kerana boleh jadi permasalahan utama yang menyebabkan kita kering, bukanlah disebabkan orang lain, tetapi diri kita sendiri. Ha ? terkejut ?

Jangan terkejut dulu. Benar !

Bilamana kita semakin lama di dalam dakwah dan tarbiyah ini, mungkin satu sifat yang kita tidak dapat nafikan adalah sifat jemu. Sifat jemu itu lumrah. Hatta dalam kehidupan berumah tangga juga begitu. Satu dua tahun kahwin bukan main lagi bahagia hepy, tetapi bila masuk tahun ke tiga, mula rasa jemunya. Sedikit demi sedikit.

Tetapi, adakah kita biarkan sahaja perasan jemu itu terus mengaburi perkahwinan kita ? Tidak ! Pasti kita akan berbuat sesuatu untuk menyemarakkan kembali rasa cinta itu.

Begitu juga dengan ukhuwwah. Jika kita rasakan semakin jemu menghadap muka ikhwah yang sama selama bertahun-tahun, varietykan cara bagaimana untuk menyemarakkan kembali ukhuwwah itu. Jika perlu main ragbi sama-sama, pergilah main, jika perlu memancing bersama, pergilah memancing, jika perlu tidur  bersama. Erkk.. tidurlah bersama… Buatlah sesuatu aktiviti untuk menyemarakkan kembali nilai ukhuuwah itu..

Namun perlu beringat. Jangan tunggu hingga orang lain buatkan semua itu untuk kita. Kita harus jadi proaktif. Kita harus memulakan sendiri semua langkah itu. Kerana kajian menunjukkan , kebanyakkan kes penceraian berlaku, apabila kedua-dua pasangan mengharapkan pasangan masing-masing membahagiakan mereka. Padahal dirinya tidak pernah terfikir pula, bagaimana untuk membahagiakan pasagannya. Begitu juga dalam berukhuwwah.

Dalam kesibukan itu ada nilai tarbawi

Iya benar. Dalam kesibukan itu ada nilai tarbawi yang tersembunyi, malu-malu mahu keluar. Memang secara kasar, kita tidak temui langsung nilai-nilai tarbawi di sebalik meeting sehingga lewat malam, kerja tajmik yang tidak putus-putus, bebanan tugasan dakwah yang semakin meninggi. Memang ! Kita tidak nampak ini semua !

Dunia kita sudah sama sekali berlainan daripada dahulu. Jika dahulu semasa usrah, kita selalu bincangkan tentang keindahan islam, ukhuwwah , dan sebagainya. Hati jadi basah, iman jadi memuncak tip top. Tetapi kini, semua itu sudah agak kurang.

Ikhwah akhwat sekalian,

Sekali lagi, cuba check kembali niat kita,

Jika kita hayati setiap tugasan itu dengan penuh kesedaran, kita akan dapati bahawa setiap langkah atau gerak kerja yang sedang kita atur itu adalah satu tugas yang sangat-sangat mulia. Iaitu tugas untuk menyelamatkan ummat daripada ancaman musuh Islam. Yang, setiap inci daripada tugas itu adalah bukti kecintaan kita kepada Allah dan agama ini.

This is the part ! kata seorang sahabat. Inilah, nilai tarbawi yang terletak di sebalik kerja-kerja dakwah ini. Inilah nilai basah yang tersembunyi di sebalik aktiviti yang kita sangkakan kering ini. Cumanya ramai orang tidak nampak dan terlepas pandang. Sekiranya mereka nampak, maka akan selalu basahlah hati-hati mereka.

Kesimpulan.

Semoga dengan sedikit perkongsian di atas, sama-sama dapat kita jadikan iktibar dalam mengharungi jalan dakwah ini.

Peringatan ini, pertama-tamanya saya tujukan buat diri ini yang menulis. Kerana orang yang menulis itu adalah orang yang pertama bakal di soal Allah di akhirat nanti.

“Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan”

“Itu, sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan (Saff : 2, 3)

Kedua, peringatan ini adalah peringatan kita bersama. Kerana hakikat jalan dakwah ini, bukan semudah seperti yang kita sangka. Maka, dalam mengharungi jalan yang penuh mencabar ini, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk saling mengingatkan antara satu sama lain.

Saya nasihat awak dan awak nasihat saya.

Kan sweeet. Gittuwww..

Wallahualam

Sumber: Aku Bukan Suparmen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *