Anak-anak NAZIM dilatih berdikari

BANDAR DARULAMAN,  10 Februari – Aktiviti Kelab NAZIM ISMA ALor Setar diteruskan lagi pada minggu ini. Acara dwimingguan ini dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna dan doa menuntut ilmu. Anak-anak NAZIM kemudian ditasmik hafalan surah-surah lazim yang dipesan pada perjumpaan sebelum ini.

Mereka kemudian dipecahkan kepada dua kumpulan di mana setiap kumpulan diberi tugasan untuk membasuh kasut sekolah atau menggosok baju sekolah.

Dengan bantuan fasilitator iaitu Kakak Alifah dan Kakak Amira, anak-anak NAZIM tampak bersungguh-sungguh dan bersemangat menghabiskan tugasan yang diberikan, apatah lagi apabila dilakukan bersama kawan-kawan.

Program kali ini berakhir dengan tazkirah ringkas daripada Cikgu Aini berkenaan “Kebersihan dan Kejayaan.”

Media ISMA Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *