Anak-anak NAZIM serlah kreativiti dengan lukisan batik

BANDAR DARULAMAN, 27 Januari – NAZIM beraktiviti lagi dengan acara menghasilkan lukisan batik. Program dimulakan dengan bacaan doa, asma’ul husna dan tasmik hafalan hadis, surah dan doa yang baru dipelajari.

Seterusnya anak-anak NAZIM diamanahkan untuk menghasilkan lukisan batik secara berpasangan. Acara sebegini memupuk kerjasama dan menghormati idea orang lain dalam menyiapkan hasil kerja bersama.

Aktiviti tamat pada jam 11.30 pagi dengan jamuan ringan berupa sanwich kebab dan minuman teh.

Media ISMA Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *