Antara dakwah, tarbiyah dan kemenangan Islam

Dakwah dan tarbiyah adalah tunggak kepada kejayaan untuk memartabatkan Islam. Dakwah bertujuan untuk menyebar luaskan kefahaman Islam yang betul kepada masyarakat dan menyedarkan mereka betapa pentingnya memahami dan beramal dengan ajaran Islam di dalam kehidupan ini.

Apabila mereka menyahut seruan ini, mereka perlu mendapat bimbingan bagi memastikan mereka dapat beramal dengan betul dan istiqamah dengan ajaran islam. Oleh itu menjadi tanggunganjawab ke atas harakah Islamiyah, menyusun aktiviti-aktiviti tarbiyah yang mampu membentuk peribadi muslim yang sebenar dan dapat menggembelingkan kemampuan yang ada pada mereka bagi memikul tanggungjawab dakwah.

Firman Allah dalam surah As-Soff ayat 4 maksudnya,

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya (untuk menegakkan agamaNya) dalam barisan (jamaah) yang tersusun rapi, seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”.

Kita perlu sedar bahawa kemenangan Islam bukan kerana kelemahan pihak musuh atau pun kerana isu-isu tertentu, tetapi kemenangan Islam kerana kemampuannya membina kekuatan sebenar yang berteraskan keimanan yang kuat kepada Allah dan kasih sayang yang menyatukan mereka, kemudian membawa mereka beramal dengan amal yang tersusun rapi.

Oleh:
Ustaz Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa
Ketua Perhubungan ISMA
Negeri Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *