Antara tuntutan COMANGO dan Laut Mati

drmurizah lautmati

Allah telah memberi kesempatan pada saya untuk menziarahi Laut Mati ketika berkunjung ke Jordan untuk program PERSIS baru baru ini. Dari segi geografi dan geologinya Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di antara Jordan dan Tebing Barat. Ianya mempunyai kemasinan 8.6 kali dari biasa dan menyebabkan tiada kehidupan yang layak untuk menghuninya.

Allah menukilkan sejarah supaya ianya menjadi ibrah kepada manusia. Rasa gerun melihat bagaimana Allah mengazab kaum Luth. Menerbalikkan bumi Sadum kerana perbuatan homoseksualiti yang melanggar fitrah manusiawi.

Justeru itu tidakkah kita ingin menjadi umat yang belajar dari sejarah. Kita tidak boleh membiarkan liberalisme pemikiran “saya gay saya ok” kerana ianya tidak ok. Islam agama yang paling mengiktiraf hak manusia lalu hak apa lagi yang ingin dituntut tanpa memikirkan hak Allah yang wajib ditunaikan.

Jika hari ini mereka menuntut pengiktirafan seksualiti merdeka, pengesahan penukaran jantina tidak mungkin kehadapan mereka akan menuntut perkara yang di luar fikiran seperti pengiktirafan perkahwinam dan hak untuk mempunyai anak. Di eropah pasangan gay atau lesbian akan melalui prosedur tabung uji menggunakan sperma dermaan bagi pasangan lesbian dan ibu tumpang bagi pasangan gay. Sebagai seorang yang mempunyai ‘authority’ dalam bidang tabung uji saya akan memastikan ianya tidak akan terjadi di bumi Malaysia.

Jom bersama kami di ISMA menolak COMANGO. Kita tolak kerana kita takut azab Allah di dunia dan akhirat.

dr murizah

Dr. Murizah Bt Mohd Zain
Pengerusi I-Medik Alor Setar

Nota: Dr. Murizah juga merupakan Ahli Majlis Wanita ISMA dan Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.