Apa erti Ramadhan buat diri kita?

ust fisol jun 15

1) Bulan Ramadhan ialah bulan untuk mengenal diri kita yang sebenar kerana dalam bulan ini, syaitan dirantai dan manusia tidak diganggu oleh syaitan lagi. Dalam bulan Ramadhan juga pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, maka kesalahan dan kejahatan yang manusia lakukan dalam bulan Ramadhan bukanlah faktor diganggu oleh syaitan tetapi memang daripada diri orang itu sendiri.

2) Bulan Ramadhan ialah bulan di mana Allah menerima doa hambaNya. Allah malu apabila hambaNya memohon doa tapi Allah tidak makbulkan doa orang itu, kerana Allah Maha Kaya dan memiliki segala kekayaan. Mungkin Allah makbulkan doa kita hari ini, esok, minggu depan, bulan depan atau pada masa akan datang. Kalau Allah tak bagi juga, ia adalah disebabkan kita sendiri yang belum cukup syarat untuk Allah makbulkan doa kita.

3) Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum dari bau kasturi di sisi Allah.

NASIHAT SEMPENA KEHADIRAN RAMADHAN

1) Buang jauh-jauh perbuatan keji, mengumpat dan fitnah sepanjang Ramadhan. Moga perkara tersebut berterusan hingga lepas Ramadhan.

2) Sepanjang Ramadhan, perbanyakkan baca Al-Quran, sedekah dan amalan soleh yg lain. Hidupkan malam dengan tarawih.

3) Tak perlu bergaduh tentang solat tarawih 8 atau 20 rakaat. Masing-masing ada kelebihan. Solat 20 rakaat dapat kelebihan banyak sujud, dan solat 8 rakaat dapat kelebihan berdiri lama.

Nota:

Catatan tazkirah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Ustaz Abdul Fisol Md Isa, Naib YDP ISMA Alor Setar pada 11 Jun 2015 yang lalu.

Disediakan oleh Tn Hj Mohd Khalil Bin Hashim, Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia – ISMA Cawangan Kubang Pasu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *