Tarbiyyah-Siri 2

Tarbiyah

 

Pada bahasa:

التربية لغة : إيصال شىء إلى الكمال تدريجيا.

Ertinya menyampaikan sesuatu ke arah kesempurnaan dengan secara beransur-ansur.

 

Berdasarkan pengertian ini kita dapat simpulkan bahawa tarbiyah adalah proses sesuatu untuk menuju ke arah kesempurnaan. Ianya akan berjalan sedikit demi sedikit dan akhirnya akan lengkap dan sempurna.

 

Rumusannya perlu mempunyai beberapa unsur penting:

  1. kerja atau amal.
  2. matlamat.
  3. bergerak secara tabi’e
  4. berterusan
  5. kesabaran


Usrah:

 

Usrah ertinya keluarga. Usrah adalah batu-bata yang pertama dalam pembentukan individu, ia adalah cara yang terunggul untuk mendidik individu secara menyeluruh, mencakupi segenap sudut dan membentuk individu muslim yang sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah. Dengan demikian usrah adalah amat penting bagi setiap individu muslim, tidak boleh diabaikannya samasekali.

Rukun –Rukun Usrah

 

  1. Taaruf
  2. Tafahum
  3. Takaful

 

Antara Matlamat- Matlamat Umum Bagi Sistem Usrah

 

  1. Membentuk individu muslim yang sempurna yang boleh menyahut tuntutan dunia dan akhirat.
  2. Mengukuhkan hubungan antara individu muslim.
  3. Berkongsi sama dalam memacukan kekuatan yang ada dalam individu muslim ke arah kebaikan, menggunakannya untuk agama dan merealisasikan matlamatnya.
  4. Menentang dan menyanggah anasir-anasir nagetif dalam diri individu muslim.
  5. Merealisasikan makna ‘izzah’ dengan Islam, beriltizam dengan adab dan akhlak Islam dalam semua keadaan.
  6. Mengenal pasti masalah dan halangan yang menghalang individu bekerja untuk Islam secara mendalam dan menggariskan langkah-langkah mengatasinya dengan jelas.

 

Kesemua matlamat-matlamat ini sesungguhnya boleh didapati dalam sistem usrah melalui aktiviti-aktivitinya, dalam kawalan murabbinya menerusi bilangan yang kecil dan terhad ini.

 

Antara Matlamat Khusus Bagi Sistem Usrah

 

Matlamat sistem usrah terhadap individu:

 

Membentuk peribadi Islamnya

      • Sudut aqidah
      • Sudut ibadah
      • Sudut mental
      • Sudut akhlak
      • Sudut pengurusan

 

2. Mengukuhkan pengertian ukhuwwah dalam jiwanya.

3. Melatih hati terbuka, mendengar pandangan orang lain dalam usrah.

4. Tolong menolong antara ahli usrah untuk meningkatkan kemampuan diri.

5. Tolong menolong antara ahli usrah untuk menyelesaikan masalah dan halangan dalam tugasan.

 

Pengendalian sistem usrah yang baik memerlukan kepada beberapa perkara antaranya:

  1. Mengetahui matlamat umum dan khususnya dengan mendalam.
  2. Merialisasikan rukun-rukunnya dan adab-adabnya.
  3. Pengendaliannya dengan penuh perancangan di sudut masa, tempat, anggota, aktiviti dan lain lain.
  4. Pembahagian tugas yang baik antara anggotanya.
  5. Memastikan berlaku kepelbagaian aktiviti-aktiviti dalam perjumpaannya.
  6. Sentiasa berfikir kearah memajukan kerja-kerja dalamnya.
  7. Bersemangat dalam melaksanakan kerja-kerjanya.
  8. Berdisiplin dalam semua perkara yang berhubung dengannya seperti kehadiran, bersurai, bercakap dan lain- lain.
  9. Benar-benar mengikut langkah dan peraturan kerana takut terjatuh dalam membuang masa dan waktu.

 

Soalan:

 

  1. Jelaskan maksud usrah dan huraikan rukun-rukunnya.
  2. Jelaskan kenyataan yang menunjukkan pentingnya aktiviti usrah.
  3. Jelaskan sistem usrah yang anda ketahui selama ini.
  4. Huraikan matlamat umum usrah yang pertama dan kelima.
  5. Sebutkan sudut-sudut penting yang perlu ada dalam setiap individu muslim.
  6. Sebutkan unsur yang pertama untuk menjayakan pengendalian usrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *