Asimilasikan kelebihan orang muda dan ‘otai’ dalam dakwah

ALOR SETAR, 10 Feb – Naib Presiden Isma, Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni mengajak ahli-ahli Isma agar mengasimilasikan kelebihan orang muda dan orang tua dalam gerakan Islam agar dakwah Islamiah dapat dipacu laju.

Ujarnya, orang muda ada tenaga yang kebolehan berfikir mengikut suasana semasa.

“Orang-orang lama atau ‘otai’ dalam gerakan Islam mempunyai lebih banyak pengalaman dan kefahaman dakwah yang mesti dikongsikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan Isma Cawangan Alor Setar kali ke-6 di Pejabat Isma Alor Setar di Jalan Langgar.

Dalam mesyuarat agung itu, seramai 8 orang anggota jawatankuasa cawangan Isma Alor Setar telah dilantik berdasarkan perlembagaan.

  • Yang Dipertua: Dr. Zulkifli bin Yusof
  • Naib Yang Dipertua: Ustaz Haji Abdul Fisol bin Md Isa
  • Anggota 1: Ku Hasna Zayani bt Ku Zainol Abidin
  • Anggota 2: Mohamad Azam bin Berahim @ Ibrahim
  • Anggota 3: Dr. Murizah bt Mohd Zain
  • Anggota 4: Fakhruddin Afif bin Fauzi
  • Anggota 5: Wan Dharmazaiman Fariz bin Wan Ghazali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *