Ayuh ke Forum Khas – Gaza Bumi Bertuah, 27 Ogos ini

Risalah Usrah Umum 2 (2) b

Anda dijemput untuk menghadiri satu forum khas bertajuk “Gaza Bumi Bertuah” pada 27 Ogos ini di Restoran Rojam, Simpang Jalan Sungai Mati – Jalan Langgar di Alor Setar.

Program bersempena Bulan Kemarahan Ummah anjuran Aman Palestin Malaysia, ISMA dan NGO-NGO Islam yang lain ini bakal membincangkan kisah suka-duka Gaza dan rakyatnya dalam menghadapi serangan Zionis sejak sekian lama. Turut dikupas nanti ialah siapa sebenarnya HAMAS dan briged Al-Qassam yang menjdi pelindung Gaza sehingga menyebabkan bumi ini cukup bertuah!

Program bakal bermula jam 8.30 malam dengan solat Isyak bersama.

Menampilkan Ustaz Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa dan Dr. Zulkifli bin Yusof sebagai ahli panel, serta Ustaz Mohd Kashfi bin Ali sebagai moderator.

Ayuh, jangan lepaskan peluang menimba ilmu dalam program ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *