Bahana syiah kepada Islam

Alhamdulillah. Baru berpeluang mengikuti Seminar “Ada Apa Dengan Syiah” di Ipoh. Seminar ini berdasarkan kajian dan penelitian yang dibuat sendiri oleh beberapa orang aktivis NGO ISMA.

Berikut adalah hasil yang saya rasakan sangat perlu dikongsikan kepada anda:

  1. Yahudi memainkan peranan besar dalam menimbulkan bibit-bibit pemunculan golongan syiah bermula pada zaman Khulafa ar-Rasyidin Abu Bakar r.a. Pengusiran Yahudi daripada Madinah, serta kekalahan Yahudi dalam Peperangan Khaibar menyemarakkan dendam mereka ke atas Islam.
  2. Ahlul Bait bukanlah syiah dan bukanlah orang-orang yang berpaling daripada Khulafa ar-Rasyidin. Ketaksuban yang diwujudkan ini menyebabkan mereka ‘membenci’ Khulafa ar-Rasyidin.
  3. Abdullah bin Saba membuatkan saudara-saudara baru Islam dari Yaman dan Basrah agar taksub dengan Ahlul Bait. Melalui Abdullah bin Saba, mereka memainkan isu Ahlul Bait untuk memecahkan umat Islam pada masa itu. Ahlul Bait diapi-apikan sebagai golongan yang paling layak menjadi Khalifah. Hanya umat Islam yang lemah imannya, cetek akalnya pada masa itu yang terpengaruh dengan permainan ini.
  4. Ahlul Bait dan 12 orang waris Rasulullah s.a.w. yang dilantik sebagai Imam (pemimpin Syiah) sebenarnya tidak sesat, tetapi golongan Syiah yang taksub ini yang dipesongkan aqidah Islam mereka.
  • Kemenangan sulung Syiah yang didalangi Yahudi melalui Abdullah bin Saba ini ialah terbunuhnya Khalifah Umar al-Khattab r.a. oleh Abu Lukluk. Abu Lukluk adalah seorang Yahudi. Selepas peristiwa itu, Syiah merayakan ulang tahun kejayaan Abu Lukluk ini, seterusnya membuktikan Syiah adalah dalang di sebalik pembunuhan tersebut.
  • Khalifah Uthman bin ‘Affan r.a. juga tidak lari daripada ancaman Syiah. Khalifah Uthman difitnah secara diam oleh Yahudi, menyebabkan golongan Syiah dari Yaman, Basrah dan Kufah datang ke Madinah untuk membunuh Khalifah. Kedatangan mereka ke Madinah secara serentak membuktikan pembunuhan Khalifah sudahpun dirancang lebih awal. Khalifah Uthman dibunuh oleh golongan-golongan Syiah.
  • Setelah Ali bin Abu Talib r.a. dilantik menjadi Khalifah, beliau berijtihad untuk memperkukuhkan dahulu kedudukan Islam yang semakin porak-peranda. Khalifah Ali memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Madinah ke Kufah. Dalam masa yang sama juga, Aisyah r.a diizinkan oleh Khalifah Ali untuk mencari pembunuh Uthman bin ‘Affan r.a.
  • Pendirian Muawiyah bin Abu Sufyan r.a. yang mendiamkan diri sewaktu Ali bin Abu Talib r.a. dilantik menjadi Khalifah disalah erti. Majlis tahkim yang diwujudkan untuk menyelesaikan krisis Ali dan Muawiyah menemui jalan buntu, menyebabkan golongan Khawarij muncul. Golongan Khawarij bertindak cuba membunuh Khalifah Ali dan Muawiyah, tetapi hanya Khalifah Ali yang berjaya dibunuh.
  • Golongan Syiah dari Kufah mahu menjadikan Hassan bin Ali sebagai Khalifah seterusnya. Hassan menolak dan mencadangkan Muawiyah bin Abu Sufyan sebagai Khalifah. Peristiwa ini menjadi titik kemunculan Syiah Imamiyah, dengan maksud kepada golongan Syiah tidak semestinya seorang Khalifah.
  • Cubaan untuk golongan Syiah menaikkan Husain bin Ali sebagai Khalifah selepas Muawiyah bin Abu Sufyan gagal kerana Khalifah Muawiyah mewariskan pemerintahan Islam kepada anaknya, Yazid bin Muawiyah. Ini kerana Empayar Umaiyyah dipelopori oleh Kabilah Arab Umaiyyah sebagai kabilah terbesar di Tanah Arab.
  • Hussain bin Ali dibunuh oleh golongan Syiah sendiri dari Kufah di Karbala berikutan permusuhan antara pemerintah Empayar Umayyah dengan golongan Syiah.
  • Pemerintah Empayar Umayyah terus menekan golongan Syiah ini, menyebabkan mereka melakukan pemberontakan dan revolusi di beberapa buah wilayah Islam. Pengikut Abdullah bin Saba mengambil peranan memesongkan fahaman Syiah lebih jauh daripada ajaran Islam yang sebenar.
  • Pengaruh golongan Syiah ini diambil peluang oleh saki-baki penyokong Empayar Parsi Sassanid yang masih ada. Mereka menerima fahaman Syiah dan memperkuatkan fahaman tersebut di Parsi.
  • Golongan Syiah mengambil peranan membantu menjatuhkan Empayar Umayyah dan menaikkan Empayar Abbasiyyah. Persahabatan antara golongan Syiah dan Empayar Abbasiyyah terbukti apabila Khalifah al-Makmun pernah mewasiatkan pemerintahan kepada Ali ar-Ridha, Imam Syiah ke-8. Terdapat juga pemimpin golongan Syiah dilantik menjadi menteri dan ulama dalam pemerintah.
  • Ali ar-Ridha meninggal dunia sebelum dilantik menjadi pemerintah, maka al-Makmun mewariskan pemerintahan kepada al-Mu’tasim.
  • Ini menyebabkan permusuhan berlaku antara golongan Syiah dengan pemerintah Empayar Abbasiyyah.
  • Menteri-menteri dalam Empayar Abbasiyyah yang berfahaman Syiah mengadakan komplot dengan Kerajaan Monggol untuk menjatuhkan Empayar Abbasiyyah. Ini termasuklah Nasruddin at-Tusi, seorang yang sering diwar-warkan sebagai seorang ilmuan Islam.
  • Sementara itu di Mesir, Salahuddin al-Ayyubi berjaya menghapuskan pemberontakan golongan Syiah yang cuba menaikkan semula Kerajaan Fatimiyyah.

Oleh:
Fakhruddin Afif Fauzi
Ketua Biro Pembangunan Belia
ISMA Alor Setar

Tulisan adalah berdasarkan ceramah Bahaya Syiah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ismail, Pengerusi Biro Pengkaderan ISMA Pusat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *