Bahaya Syiah kepada Islam

Ini adalah kesinambungan daripada entri sebelum ini berdasarkan kajian dan penelitian yang dibuat sendiri oleh beberapa orang aktivis NGO ISMA.

  1. Hussain bin Ali dibunuh di Karbala oleh golongan Syiah sendiri dari Kufah berikutan permusuhan antara pemerintah Empayar Umayyah dengan golongan Syiah.
  2. Pengaruh golongan Syiah ini diambil peluang oleh saki-baki penyokong Empayar Parsi Sassanid yang masih ada. Mereka menerima fahaman Syiah dan memperkuatkan fahaman tersebut di Parsi.
  3. Menteri-menteri dalam Empayar Abbasiyyah yang berfahaman Syiah mengadakan komplot dengan Hulagu Khan, Kerajaan Monggol untuk menjatuhkan Empayar Abbasiyyah. Ini termasuklah Nasruddin at-Tusi, seorang yang sering diwar-warkan sebagai seorang ilmuan Islam.
  4. Sementara itu di Mesir, Salahuddin al-Ayyubi berjaya menghapuskan pemberontakan golongan Syiah yang cuba menaikkan semula Kerajaan Fatimiyyah.

  • Para pengikut Abdullah bin Saba memesongkan aqidah Syiah jauh dari Islam dengan mewujudkan hadis-hadis palsu, menokok-tambah rukun Islam dan menjadikan Karbala sebagai tempat yang lebih suci daripada Kaabah.
  • Syiah mengambil langkah drastik dengan menjadikan fahaman Syiah sebagai salah satu mazhab Islam dan berpusat Parsi, berikutan munculnya mazhab-mazhab Islam seperti Maliki, Syafi’i, Hanafi dan Hambali.
  • Revolusi Iran 1979 menyaksikan penggulingan kerajaan pimpinan Shah Muhammad Riza Pahlavi, seorang tali barut Amerika Syarikat oleh golongan Syiah pimpinan Ayatullah Khomeni.
  • Revolusi tanpa pertumpahan darah ini menjadi buah mulut masyarakat Islam di seluruh dunia.
  • Revolusi Iran 1979 sebenarnya membingungkan kerana Shah Muhammad Riza Pahlavi dan keluarganya ditawarkan perlindungan di Amerika Syarikat, seolah-olah Amerika Syarikat sengaja membiarkan golongan Syiah bangkit di Iran.

  • Pengaruh kebangkitan ‘Islam’ di Iran diterima masyarakat Islam di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.
  • Buku-buku mengenai fahaman Syiah dan perjuangan Syiah di Iran mula disebarkan ke serata dunia pada awal 80-an.
  • ‘Mazhab’ Syiah dijadikan mazhab utama di Iran.
  • Pada tahun 1997, fahaman Syiah dideklarasi di PBB sebagai satu mazhab utama bagi umat Islam dan bebas diamalkan oleh pengikutnya.
  • Syiah menafikan kewujudan dan peranan Abdullah bin Saba. Petikan daripada buku Syiah bertajuk Rijal al-Kasysyi, jilid 4, halaman 305:

“Daripada Ibnu Sinan katanya, Abu Abdillah a.s. berkata: “Sesungguhnya kami Ahlul Bait adalah orang-orang yang benar, kami tidak sunyi daripada para pendusta yang berdusta atas nama kami, lalu gugurlah kebenaran kami di sisi manusia disebabkan pendustaan tersebut. Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling benar ucapannya, dan Musailamah telah berdusta atas namanya. Amirul Mukminin (Ali) a.s. adalah orang yang paling benar diciptakan oleh Allah s.w.t. selepas Rasulullah s.a.w. dan orang yang berdusta atas namanya serta berusaha  dalam mendustakan kebenarannya dengan dusta atas nama beliau adalah Abdullah bin Saba, semoga Allah melaknatnya.”

  • Hubungan baik antara Syiah dengan Yahudi tidak pernah renggang. Ratusan rumah-rumah ibadat Yahudi dibenarkan untuk dibina di seluruh Iran. Iran tidak pernah menghantar apa-apa bantuan ke Palestin walaupun Presiden Ahmadinejad beria-ia mengutuk kekejaman Israel. Ini adalah untuk menjadikan imej Syiah sebagai satu mazhab yang baik dan mesti diamalkan.

  • Pada masa kini, Iran dan Amerika Syarikat seolah-olah bermain drama di pentas dunia mengenai isu nuklear di Iran.

Oleh:
Fakhruddin Afif Fauzi
Ketua Biro Pembangunan Belia
ISMA Alor Setar

Tulisan adalah berdasarkan ceramah Bahaya Syiah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ismail, Pengerusi Biro Pengkaderan ISMA Pusat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *