Bakul Ramadhan 1434H: Jutaan penghargaan kepada para penyumbang

bakul1

ALOR SETAR, 20 Julai – Program Bakul Ramadhan 1434H anjuran ISMA Alor Setar yang diadakan pada tahun ini disifatkan sebagai yang terbaik berbanding tahun lepas.

Inisiatif jawatankuasa penganjur untuk membuka peluang kepada rakan-rakan ISMA dan masyarakat umum untuk turut terlibat nyata memberi impak yang sangat positif. Sumbangan daripada orang ramai yang berjaya dikumpul berjumlah lebih RM4000, tidak termasuk sumbangan dalam bentuk barangan.

Program Bakul Ramadhan tahun ini merupakan satu program di mana ISMA menyalurkan sumbangan berupa keperluan asas kepada 8 buah keluarga yang kurang berkemampuan dalam Masjid Muhammad Iskandar Mas Tempawan, Jalan Datuk Kumbar.

ISMA Alor Setar mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan jawatankuasa masjid yang sams-sama menjayakan program Bakul Ramadhan pada kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *