Bakul Ramadhan 1435H – Sumbangan anda dialu-alukan

Bakul Ramadhan 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ISMA Alor Setar sekali lagi akan menganjurkan program Bakul Ramadhan. 

Program tahunan ini bertujuan mengumpul sumbangan orang ramai untuk disalurkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar Kota Setar dan Kubang Pasu.

Sumbangan daripada muslimin dan muslimat amatlah dialu-alukan dalam menjayakan program ini, lebih-lebih lagi apabila dilaksanakan dalam bulan Ramadhan yang penuh rahmah ini.

Sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk keperluan asas seperti minyak masak, beras, gula dan sebagainya, juga dalam bentuk wang kepada wakil kami:

1) En. Mukeri Bin Mohd Ali : 016-221 4005
2) Pn. Mazlina bt Manaf : 019-444 0218

Atau terus ke akaun ISMA Alor Setar di no akaun: 020 930 1000 6204 (Bank Islam)

Pohon SMS tarikh, masa dan jumlah transaksi kepada Pn. Mazlina di 019-444 0218.

Terima kasih.

————————–—–

اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)

————————–—–

إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة
“Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.” Kemudian Rasulullah menjelaskan: “Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, namun tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna. Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali lipat banyaknya.” (HR. Muslim no.1955)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *