Bangsa Melayu bangsa dakwah – Ustaz Fisol

ust fisol

BANDAR DARULAMAN, 19 Disember – Ustaz Abdul Fisol Bin Md. Isa, Ketua Biro Tarbiyah ISMA Alor Setar menjelaskan bahawa bangsa Melayu suatu ketika dahulu merupakan bangsa dakwah Islamiyah di Nusantara.

Beliau menyebut perkara sedemikian ketika memberi ulasan kepada tafsiran ayat ke-11 daripada surah al-Mursalat yang berbunyi,

“Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing).”

Ujar beliau, agama Islam yang bertapak dalam diri dan hati orang beriman pasti akan dikembangkan melalui dakwah apabila tuntutan dakwah itu dipikul setelah memahami hakikat Islam yang sebenar.

Tambah Ustaz Fisol lagi, apa yang menyedihkan pada masa kini ialah bangsa Melayu kini bukan lagi gagal menjadi bangsa dakwah, bahkan ada yang telah murtad dan tertarik dengan agama-agama yang lain.

Kuliah tafsir al-Quran oleh ustaz Fisol diadakan di Surau Taman Tunku Sarina Fasa II di sini pada setiap hari Rabu minggu pertama hingga minggu ketiga setiap bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *