Banjir Di Pantai Timur: Keprihatinan masyarakat Alor Setar dipuji

b1

ALOR SETAR, 30 Disember – Sumbangan barang bantuan mangsa banjir yang diterima di “Dropbox” Yayasan Ikhlas di pasaraya Giant Alor Setar bertali arus sejak tengahari semalam wajar dipuji.

Menurut penyelaras Yayasan Ikhlas Cawangan Alor Setar, Encik Mohd Hisham bin Mohd Sharif, sumbangan berterusan yang diterima menjelaskan sendiri betapa prihatinnya warga Alor Setar terhadap nasib yang menimpa saudara mereka di negeri-negeri yang dilanda musibah banjir.

“Kita berasa amat bersyukur kerana sumbangan yang diterima melimpah ruah.

“Kami akan pastikan barang-barang sumbangan ini akan sampai terus kepada mangsa-mangsa banjir,” ujar beliau.

Setakat ini ratusan bungkusan barang bantuan telah diterima antaranya beras, makanan dalam tin, lampin pakai buang, air minuman dan biskut.

b2

Turut diterima dengan banyak ialah telekung, kain pelikat dan sejadah.

Selain pasaraya Giant Alor Setar, “dropbox” turut dibuka di Jitra Mall, Jitra.

“Kita akan buka “dropbox” di kedua-dua lokasi ini sehingga hari Jumaat ini dan akan diagihkan terus ke pantai timur melalui pusat operasi Yayasan Ikhlas di Shah Alam,” kata beliau.

Selain Yayasan Ikhlas, turut serta dalam kempen kemanusiaan ini ialah I-Medik Kedah, ISMA Cawangan Alor Setar dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Alfakhru Fauzi
Wartawan ISMAweb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *