Berdakwah di restoran, pendekatan baharu Ustaz Fisol

usrah umum 5 nov 2

ALOR SETAR, 8 Nov – Menyampaikan dakwah kepada masyarakat bukan sahaja di masjid dan surau, sebaliknya boleh dilakukan di mana sahaja termasuklah restoran, ujar Ketua Perhubungan ISMA Negeri Kedah, Ustaz Haji Abdul Fisol Mohd Isa.

Katanya ketika dihubungi, ISMA Alor Setar menggunakan pendekatan baharu dengan berdakwah di restoran untuk menarik lebih ramai masyarakat hadir.

Pada 5 November lalu sebuah usrah umum telah diadakan di Restoran Herba dan Ikan Bakar Rojam yang terletak di Jalan Sungai Mati, Pokok Sena.

usrah umum 5 nov

Usrah umum ini diadakan pada setiap hari Selasa minggu keempat bermula jam 7.00 malam.

Sehingga hari ini, sudah tiga kali ia diadakan dan ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan penduduk setempat.

Menurut Ustaz Fisol, pendekatan yang digunakan adalah usaha untuk menyampaikan mesej keagamaan di samping dijadikan medan dalam mempelajari ilmu agama.

Katanya, pelbagai topik menarik yang diperbincangkan dalam merungkai isu semasa dari sudut kaca mata Islam.

Usrah umum ini terbuka kepada semua dan maklumat lanjut boleh didapati dalam halaman facebook ISMA Alor Setar. https://www.facebook.com/ISMA.AlorSetar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *