Bersih 2.0: Dialog adalah jalan terbaik



BANDAR BARU BANGI, 21 Jun – Perbincangan dan dialog adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan isu tuntutan pihak pembangkang terhadap ketelusan perjalanan pilihanraya.

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik berkata demikian dalam satu sesi dialog bersama ahli-ahli ISMA Daerah Hulu Langat di pejabatnya semalam.

“Perbincangan dan dialog antara semua pihak yang terlibat adalah jalan penyelesaian terbaik,” ujar beliau.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku keadaan yang tidak terkawal dan ia akan menyebabkan kestabilan negara akan terjejas.

“Tiada siapa yang dapat memberi jaminan bahawa perhimpunan ini akan berjalan dengan aman dan selamat,” kata beliau.

Walaubagaimanapun ketika diminta untuk menjelaskan pendirian ISMA terhadap Bersih 2.0, beliau menyatakan ISMA tidak menetapkan pendirian bersetuju atau membantah.

Persoalan yang lebih utama ialah apakah kesudahan daripada perhimpunan ini.

“Kita mengakui dan mengiktiraf hak kebebasan bersuara yang dimiliki rakyat cuma kita bimbang ia dijadikan kesempatan oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan lain yang mungkin di luar perhitungan,” tambah beliau.

Sumber: Laman web ISMA Pusat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *