BERSIH yang bersih

Setelah meneliti dan melihat kepada 8 tuntutan yang di kemukakan oleh BERSIH, saya tidak nampak kenapa ia mesti dihalang. Rakyat ada hak untuk bersuara dan ini harus diiktiraf. BN tidak boleh berterusan dalam keadaan “state of denial” dengan sistem pilihanraya yang berlaku sekarang. Umum mengetahui ia bukan satu yang benar-benar bersih dari penipuan. Pengalanan peribadi membuktikan bahawa sistem ini perlu dibaiki dengan segera.

Jika BN menghalang bererti BN masih kekal tidak mahu berubah dan ini mungkin merupakan detik-detik terakhir kehidupan BN. Tidak ada satu sistem yang memperbodohkan rakyatnya akan kekal selama2nya. Lambat laun, dengan perkembangan intelektual dan maklumat sesawang yang berleluasa, sistem itu akan runtuh juga. Jika benar-benar BN mengamalkan pilihanraya yang bersih maka perhimpunan ini tidak perlu ditakuti malah di galakkan.

NGO Ketua

Dalam masa yang sama, saya juga menyarankan supaya semua parti politik dari kedua-dua belah pihak tidak campur tangan. Jangan sesekali mempolitikkan isu ini kerana ia akan hanya menggagalkan proses pengislahan. Bagi saya, biar NGO yang mengetuai dan membuat kenyataan. Jangan ada parti yang menambah tokok. Kekecohan yang berlaku sekarang ini adalah disebabkan banyaknya kenyataan2 yang di buat oleh parti-partipolitik yang akhirnya menimbulkan persepsi bahawa perhimpunan ini seolah-olah ada bermotif politik. Saya tidak menyalahkan parti pemerintah yang cuba menghalang kerana kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh parti pembangkang dah terlalu banyak termasukalah utk menjadikannya seperti Tahrir Square.

Biarkan NGO yang menguruskannya dan menyerahkan memo kepada yg berkuasa secara aman dan tenang. Saya amat yakin jika ini berjaya dijalankan dengan baik TETAPI masih tidak didengari oleh pihak pemerintah, maka PRU13 akan menyaksikan sejarah baru negara akan terbentuk.

Oleh:
Tuan Haji Aminuddin Yahya
Timbalan Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Suara Dari Gunung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *