Briged KRIM ajak remaja jadi generasi Al-Quran

JITRA, 10 Februari – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah telah mengadakan program briged KRIM di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim dengan melibatkan hampir 300 orang pelajar puteri. Program bermula jam 1 tengahari itu dimulakan dengan doa pembukaan yang dibacakan oleh wakil pelajar puteri.

Slot diteruskan dengan pengenalan KRIM oleh Puan Ku Hasna Zayani, aktivis KRIM Kedah sebelum pelajar dipecahkan mengikut tingkatan untuk aktiviti kumpulan.

Program briged kali ini memilih aktiviti mentadabbur ayat ke 208 dari Al-Baqarah untuk para peserta mengambil ibrah dari ayat tersebut. Tadabbur al-Quran ini dijalankan mengikut kumpulan dengan dikendalikan oleh barisan fasilitator dari aktivis KRIM yang terdiri daripada mahasiswi UUM dan IPDA.

Turut dijalankan dalam kumpulan ialah aktiviti taaruf dan perkongsian pengalaman antara fasilitator dengan adik-adik puteri. Program berakhir dengan doa penutup pada jam 2.15 petang sebelum para pelajar melangkah menunaikan solat Zohor .

InsyaAllah, program briged seperti ini akan dilaksanakan lagi pada bulan hadapan dengan aktiviti yang berbeza dan bervariasi.

Media ISMA Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *