Bukan agenda utama ISMA satukan UMNO dan PAS

BANDAR BARU BANGI, 12 Mei – “Penyatuan dan persepakatan antara pihak UMNO dan PAS bukanlah agenda utama dalam perjuangan ISMA”.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata demikian dalam kenyataannya kepada wakil media di sini hari ini.

Menurut beliau, agenda perjuangan ISMA ialah mendaulatkan Islam di Malaysia. Demi tujuan itu, adalah menjadi kemestian umat Islam amnya dan Melayu khususnya bersatu berganding bahu.

“Mendaulatkan Islam adalah yang lebih utama. Itulah agenda ISMA. Demi tujuan itu, adalah menjadi kemestian umat Islam amnya dan Melayu khususnya bersatu berganding bahu,” tambah Ustaz Abdullah Zaik.

Walau bagaimanapun, beliau memandang positif jika UMNO dan PAS boleh duduk semeja berbincang dan bersepakat demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Saya amat bersetuju jika UMNO bersama-sama dengan PAS dapat berbincang dan bersepakat dalam hal-hal berkaitan dengan kepentingan agama, bangsa dan negara,” ujar beliau ketika mengulas isu penyatuan UMNO dan PAS yang sedang hangat ketika ini.

Sumber: Laman web ISMA Pusat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *