Juzuk 10: Martabat umat Islam lebih tinggi

Juzuk 10 terbahagi kepada bahagian terakhir surah al-Anfal dan bahagian pertama surah at-Taubah. Bahagian terakhir surah al-Anfal menceritakan perihal harta rampasan perang Badar Kubra dengan lebih terperinci. Ia menjelaskan hukum-hukum Allah yang berhubung dengan harta ini setelah persoalan tentang hal ini diajukan kepada Allah dan Rasul-Nya. Seterusnya Allah melalui wahyu Read more…

Juzuk 9: Yang haq bertemu yang batil

Surah al-A’raf disimpulkan kisah-kisah pertembungan angkatan aqidah yang diketuai setiap rasul – Nuh, Hud, Soleh, Lut dan Syuaib dengan beberapa potong ayat:. Selepas menelusuri dua surah Makkiyah, kita kembali kepada surah Madani iaitu surah al-Anfal. Surah ini diturunkan selepas surah al-Baqarah iaitu semasa berlakunya peperangan Badar al-Kubra dalam bulan Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah. Pun begitu, sesetengah riwayat ada menyebut bahawa ayat 30 hingga ayat 36 dari surah ini diturunkan di Mekah.

Juzuk 8: Aqidah yang benar untuk setiap umat

Baki Surah al-An’am dalam juzuk 8 ini masih bertemakan permbicaraan tentang aqidah uluhiyah dan rububiyah. Ditekankan contoh-contoh yang melibatkan persoalan halal dan haram, nazar dan amalan seharian lain yang melingkari ruh-ruh baru Islam yang masih dikelilingi ataupun diselaputi amalan-amalan jahiliyah. Surah al-A’raf, seperti surah al-An’am juga menceritakan perihal aqidah dan hakikat aqidah yang benar dalam menghadapi kehidupan jahiliyah di sekelilingnya. Walau bagaimanapun, maudhu’ atau kaedah pembicaraan mengenai aqidah amat berberza di antara kedua-dua surah ini.

Juzuk 7: Hakikat Allah s.w.t.

Juzuk 7 dimulakan dengan bahagian akhir surah al-Maidah yang menceritakan saki-baki perbicaraan berdasarkan pokok-pokok perbicaraan yang telah disebut sebelum ini. Surah dalam jzuk ini dmulakan tentang adanya puak-puak bukan Islam yang pada asalnya menentang Islam dan dakwah Islam namun akhirnya menerima Islam dengan penuh redha – dengan asbab mereka mahukan syurga Allah! Juzuk 7 seterusnya disambung dengan bahagian pertama surah al-An’am. Surah ini merupakan surah Makkiyah yang memperkatakan satu persoalan sahaja, tetapi cara pembentangannya seolah-olah dilihat tidak berulang-ulang. Begitulah kehebatan al-Quran yang mempunyai kaedah, gaya bahasa dan uslub yang berbeza untuk membicarakan satu-satu perkara.

Juzuk 6: Iktiqad yang benar, peranan yang sebenar

Juzuk 6 terdiri daripa bahagian akhir surah an-Nisa dan bahagian pertama surah al-Maidah. Surah an-Nisa, perbicaraannya masih bertemakan pokok yang serupa seperti yang dinyatakan dalam juzuk 4 dan juzuk 5 sebelum ini. Surah al-Maidah berlatar belakangkan tema penceritaan dan maudhu’ yang serupa seperti surah an-Nisa dan surah ali Imran. Masih berkisarkan tentang hukum-hakam dan perihal ahli kitab, surah ini disebut mempunyai tiga perkara utama yang ingin dibincangkan.

Juzuk 5: Kecaman buat sifat nifaq

Selain menghabiskan perihal perkahwinan dari segi syarak dan kepentingan Islam dengan sebab menghilangkan keladak-keladak jahiliyah daripada diri umat Islam, bahagian akhir surah an-Nisa dalam juzuk 5 ini secara keseluruhannya menjurus kepada kecaman terhadap sifat nifaq dan kaum munafiqin, serta seruan terhadap kaum muslimin untuk memberi sepenuh keimanan yang serius, lurus dan benar kepada Allah s.w.t.

Juzuk 3: Perihal ahli kitab

Juzuk 3 al-Quran merangkumi baki terakhir surah al-Baqarah dan bahagian pertama surah Ali ‘Imran. Baki surah al-Baqarah masih bertemakan seperti apa yang telah diceritakan dalam Juzuk 2. Fokus utama juzuk 3 ini ditumpukan kepada surah Ali ‘Imran.

Juzuk 1: Perihal mukmin, kafir, munafiq dan Yahudi

Surah al-Baqarah dimulakan dengan pencirian sebenar yang Allah s.w.t. gambarkan buat generasi pertama umat Islam yang sedia sudi memikul beban dakwah dan jihad Islam bersama Rasulullah s.a.w. Mereka inilah golongan Muhajirin dan Ansar yang merupakan pelapis terawal yang akan membentuk dan menentukan hala tuju masyarakat Islam di Madinah.