Politik gila kuasa yang menjengkelkan

Menjengkelkan, itulah satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kemelut politik negeri Kedah sekarang. Saya bukanlah penyokong tegar Dato Seri Hj Mukhriz, tetapi amat bersimpati dengan yang menimpa beliau ketika ini. Politik seperti inilah jang memualkan dan mengjengkelkan orang muda. Apa sebenarnya yang diingini oleh sebahagian ahli UMNO negeri Kedah dan Read more…

Coretan Bakul Ramadhan 2015 (Siri 2)

bakul 3

Pagi Jumaat yang Menginsafkan.

Projek Bakul Ramadhan yang kami jalankan adalah projek tahunan sempena bulan mendidik jiwa , tarbiah dan rohani. Tahun ini Isma Alor Setar dan Isma Kubang Pasu cuba menjejak saudara –saudara kita yang perlu di beri bantuan.Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Hospital Sultanah Bahiyah yang memberikan nama-nama untuk diziarahi.Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Alor Setar dan Kubang Pasu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasi kepada penyumbang-penyumbang Bakul Ramadhan kali ini…

(more…)

Coretan Bakul Ramadhan 2015 (Siri 1)

m1

Alhamdulillah semalam tanggal 3 hb Julai, ISMA Alor Setar dan Kubang Pasu telah selamat menjalankan program Bakul Ramadan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terimakasih pada penyumbang budiman yg telah memberikan wang ringgit juga barang keperluan untuk membantu meringankan penderitaan penerima. Nama2 penerima telah diperolehi dari Unit Kebajikan dan Sosial Hospital Sultanah Bahiyah.

(more…)

Apa erti Ramadhan buat diri kita?

ust fisol jun 15

1) Bulan Ramadhan ialah bulan untuk mengenal diri kita yang sebenar kerana dalam bulan ini, syaitan dirantai dan manusia tidak diganggu oleh syaitan lagi. Dalam bulan Ramadhan juga pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, maka kesalahan dan kejahatan yang manusia lakukan dalam bulan Ramadhan bukanlah faktor diganggu oleh syaitan tetapi memang daripada diri orang itu sendiri.

(more…)

Batu Terat, Seberang Perai

Mungkin ramai daripada yang tidak pernah tahu apa itu Batu Terat. Batu ini mempunya sejarah yang besar antara Kedah dan Pulau Pinang. Batu Terat sebenarnya adalah batu sempadan antara Pulau Pinang dan Kedah. Batu ini berada di tiga lokasi di Seberang Perai.
Batu Terat yang pertama sekali dibina berada di Pinang Tunggal, Pulau Pinang. Dahulunya batu ini menjadi batu sempadan antara British dan Siam. Ikuti kisah yang dipetik dari laman Pinang Tunggal Revisit .

(more…)

Tips mendidik anak – satu perkongsian pengalaman

spm

Sepanjang menziarahi anak-anak generasi pertama di asrama masing-masing, kami selalu bekalkan makanan atau digelar stok. Aktiviti mingguan ziarah anak di SMKA Hamidiah Kajang, selepas itu ke SBPI Gombak kemudian ziarah yang di KISAS. Melihat mereka membesar dan bertanya keperluan mereka satu rutin biasa. Berkongsi apa yang mereka dapat, cerita-cerita tentang guru-guru, ustaz, ustazah dan karenah mereka menjadikan kami thiqah pada muallim muallimah. Tiada yang negatif. Muallim dan muallimah sentiasa menjadi qudwah terbaik buat mereka.

(more…)