Jemputan menghadiri Usrah Umum ISMA Alor Setar

  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Muslimin muslimat khususnya yang tinggal di sekitar Alor Setar dan Jitra dijemput untuk menyertai Usrah Umum berkala yang akan diadakan secara percuma bermula Jun ini. Penyertaan terbuka kepada golongan dewasa daripada pelbagai latar belakang pengajian dan kerjaya. Mereka yang berminat boleh menghubungi Ustaz Haji Abdul Fisol Read more…

Menyedari prestasi dakwah kita

Adakah kita da’ie yang sebenarnya? Satu persoalan yang perlu kita bertanya kepada diri kita. Adakah kita ini layak digelar sebagai seorang da’ie? Persoalan ini penting kerana jika kita melihat realiti amal dakwah di kalangan generasi Harakah Islamiah menghadapi sindrom kegersangan dan ketepuan amal dakwah. Hilang identiti dakwah dan operasi dakwah Read more…

Terima kasih ISMA!

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, syukur kpd Allah SWT di atas nikmat iman dan Islam serta segala nikmat lain yang tidak terhitung nilainya. Antara lain adalah nikmat ditarbiyah. Terima kasih ISMA di atas pengalaman dan juga wasilah tarbiyah yg sungguh luarbiasa kali ini. Belum pernah sepanjang mengikuti tarbiyah, lembaran risalah tarbawi yang dirujuk selama Read more…

ISMA Alor Setar hulur sumbangan Ramadhan

KEPALA BATAS (KEDAH), 2 Ogos – Seluruh Jawatankuasa dan aktivis ISMA Alor Setar berpecah ke seluruh pelusuk Kedah utara dalam program Bakul Ramadhan yang lalu. Program yang dikelolakan melalui Biro Dakwah dan Biro Wanita & Keluarga ini bermatlamat memberi sumbangan kepada beberapa buah keluarga yang memerlukan.

Juzuk 10: Martabat umat Islam lebih tinggi

Juzuk 10 terbahagi kepada bahagian terakhir surah al-Anfal dan bahagian pertama surah at-Taubah. Bahagian terakhir surah al-Anfal menceritakan perihal harta rampasan perang Badar Kubra dengan lebih terperinci. Ia menjelaskan hukum-hukum Allah yang berhubung dengan harta ini setelah persoalan tentang hal ini diajukan kepada Allah dan Rasul-Nya. Seterusnya Allah melalui wahyu Read more…

Juzuk 9: Yang haq bertemu yang batil

Surah al-A’raf disimpulkan kisah-kisah pertembungan angkatan aqidah yang diketuai setiap rasul – Nuh, Hud, Soleh, Lut dan Syuaib dengan beberapa potong ayat:. Selepas menelusuri dua surah Makkiyah, kita kembali kepada surah Madani iaitu surah al-Anfal. Surah ini diturunkan selepas surah al-Baqarah iaitu semasa berlakunya peperangan Badar al-Kubra dalam bulan Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah. Pun begitu, sesetengah riwayat ada menyebut bahawa ayat 30 hingga ayat 36 dari surah ini diturunkan di Mekah.