Kempen “Say No To Zina” diteruskan di SBPI Kubang Pasu

BUKIT KAYU HITAM, 18 April – Program “Say No To Zina” anjuran I-Medik Kedah diteruskan penganjurannya di SBPI Kubang Pasu, di sini. Program separuh hari melibatkan semua pelajar sekolah berprestasi tinggi ini dimulakan dengan ceramah tentang psikoseksualiti remaja oleh Dr. Tahirah Karim, aktivitis I-Medik yang juga Pegawai Kesihatan dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

YDP ISMA Alor Setar kongsi peranan doktor untuk ummah

ALOR SETAR, 20 Mac – “Kerjaya sebagai seorang doktor merupakan satu kerjaya yang murni bahkan menjadi aset besar dalam menyampaikan fikrah Islam kepada masyarakat”, ujar Yang Dipertua ISMA Alor Setar, Dr Zulkifli bin Yusof kepada 30 pelajar tahun akhir Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) dan 10 aktivis I-Medik cawangan Kedah.