Ciri wanita sebenar: Cemerlang di tempat kerja, terbaik mengurus rumahtangga

DR-Murizah-1024x913

ALOR SETAR, 27 April – “Cemerlang di tempat kerja, terbaik mengurus rumah tangga.”

Itulah rumusan daripada status Facebook Dr. Murizah Mohd Zain, Ketua Wanita Isma Cawangan Alor Setar berkenaan peranan sebenar seorang wanita muslimah.

Beliau mengakui cabaran menggalas tugas sebagai Perunding Ginekologi dengan Subkepakaran Perubatan Reproduktif di Hospital Sultanah Bahiyah serta ibu kepada 6 orang anak sememangnya sukar.

“Tugas saya yang paling utama ialah membesarkan anak-anak menjadi soleh, beriman dan berbakti kepada agama.

Bagi Dr. Murizah, pembangunan potensi diri sangat perlu agar cemerlang di tempat kerja dan di rumah.

“Yang perlu hanya keseimbangan dan kesedaran menyeluruh seorang wanita akan tugas hakikinya sebagai ibu dan isteri”, ujarnya lagi.

Selain bertugas sebagai ibu, isteri dan doktor pakar, Dr. Murizah juga aktif berperanan dalam aktivisme kemasyarakatan dan pembangunan sahsiah umah melalui NGO termasuk Isma dan I-Medik.

fb-dr-murizahurizah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *