Coretan Bakul Ramadhan 2015 (Siri 1)

m1

Alhamdulillah semalam tanggal 3 hb Julai, ISMA Alor Setar dan Kubang Pasu telah selamat menjalankan program Bakul Ramadan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terimakasih pada penyumbang budiman yg telah memberikan wang ringgit juga barang keperluan untuk membantu meringankan penderitaan penerima. Nama2 penerima telah diperolehi dari Unit Kebajikan dan Sosial Hospital Sultanah Bahiyah.

Berikut ini saya kongsikan gambar2 dan juga sedikit catatan dari kembara bakul ramadan saya sekeluarga.

Catatan 3 hb 2015/bakul ramadan

Dari awal pagi anak2 bersemangat utk menyertai program bakul ramadan. Setelah dibahagikan senarai nama, saya sekeluarga ditugaskan utk menyampaikan sumbangan di rumah keluarga terpilih di kawasan Dato Kumbar dan Alor Semala. Ketika melihat alamat ada sedikit rasa menyesal dlm hati; “ala, rumah taman, betul ke layak” bisik hati kecil saya.

Ketika sampai di hadapan rumah Encik F, kelihatan basikal usang di depan rumah dengan pokok pokok yg terurus rapi. Salam saya disapa oleh seorang wanita pertengahan umur yg berbicara dengan bergitu perlahan seperti berbisik.

m2

Saya menjengok dari birai pintu kelihatan seorang lelaki pertengahan umur dan kelihatan kusut masai. Lelaki itu memandang saya dgn pandangan yg pelik dan dari tingkah lakunya sebagai doktor saya dpt meneka dia tidak siuman. Kami diajak ke ruang dapur dan di situ terbaring di atas tilam usang seorang lelaki tua; encik fisol yg telah diberi namanya oleh pihak hospital.

Rupanya rumah kecil di taman ini menghimpun seribu kedukaan. Di dalam rumah itu yg merupakan pusaka si ayah tinggalnya 5 orang adik beradik; 3 perempuan dan 2 lelaki. Mereka semuanya masih bujang berusia di antara 60 ke 40 tahun. 2 orang kakak sulung yg berusia hampir 60 tahun menjaga 3 adik yg sakit; seorang lumpuh, seorang yg mengalami masalah mental dan seorang OKU.

Saya tidak dapat membayangkan kesabaran dan kecekalan kakak2 ini. Menjaga 3 org sakit adalah satu perkara yg amat, amat sukar.

Encik Fisol sudah beberapa tahun lumpuh sebelah badan. Buat masa ini beliau tidak dapat langsung menggerakkan anggota sebelah kirinya. Walaupun rawatan fisioterapi perlu dibuat tetapi kerana kesukaran berulang alik ke hospital menyebabkan rawatan tergendala. Makan minum, kencing beraknya hanya di tikar usang pembaringannya dan diuruskan oleh si kakak yg sendiri tidak seberapa kudratnya

Abg yg kedua pesakit mental yg mendapat rawatan di HSB. Baru sy faham kenapa rumah kecil ini dipenuhi kesunyian dan bicara mereka hanya dgn bisikan. Rupanya si abang ini tak boleh mendengar orang bersembang sembang kerana nanti dia akan mengamok. Mungkin “paranoid” agaknya

Adik yg kecil merupakan seorang OKU dengan kecacatan mental. Beliau sering mengalami gejala sawan. Sy kira mungkin dia pesakit epilepsy. Dia juga mendapat rawatan di HSB

Keluarga ini mendapat sedikit bantuan dari kebajikan kerana kedua dua kakak ini sudah tidak bekerja kerana terpaksa menjaga adik2 yg sakit. Ketika saya meminta izin utk mengambil gambar supaya dapat dihebahkan utk meminta sumbangan kakak2 ini agak keberatan kerana merasa malu utk meminta minta.

Sy dan anak2 meninggalkan rumah ini dengan kesedihan. Sy sempat berpesan pd si kakak sulung supaya bersabar menjaga orang yg sakit (sebenarnya saya juga berpesan pd diri saya yg menjaga ayah yg sakit). Si kakak menggengam erat tangan saya sambil berkata…..”jika saya tak jaga, siapa lg yang akan menjaga adik2 saya….”

Betul….ianya satu tazkirah utk diri saya sendiri

Mudah2an mereka bersabar atas penderitaan yg menimpa mereka.

Rumah kecil di taman ini benar benar meruntun hati saya….ya mereka memang golongan yg layak menerima sumbangan.

Oleh: Dr. Murizah bt Mohd Zain, Ketua Wanita Isma Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *