Coretan Bakul Ramadhan 2015 (Siri 2)

bakul 3

Pagi Jumaat yang Menginsafkan.

Projek Bakul Ramadhan yang kami jalankan adalah projek tahunan sempena bulan mendidik jiwa , tarbiah dan rohani. Tahun ini Isma Alor Setar dan Isma Kubang Pasu cuba menjejak saudara –saudara kita yang perlu di beri bantuan.Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Hospital Sultanah Bahiyah yang memberikan nama-nama untuk diziarahi.Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Alor Setar dan Kubang Pasu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasi kepada penyumbang-penyumbang Bakul Ramadhan kali ini…

Semua guru SMKKB, Staf Hospital Sultanah Bahiyah, orang persaorangn dan seluruh yang terlibat dalam pembelian barangan keperluan harian…Hanya Allah sebaik-baik Pembalas…mudah-mudahan amal kita diterima Allah.

Berikut adalah perjalanan kami menjejak kehidupan saudara seIslam kita hari ini..

Rumah 1.

Kami tiba di sebuah rumah di Daerah Kota Setar , sekitar Kampong Pisang, dekat Simpang Empat Kangkong.Rumah yang kurang selesai ini kami ziarahi dengan ucapan salam ,setelah melihat ada penghuninya diluar sedang menyapu halaman rumah .Salam disambut dan beliau mempersilakan kami duduk dibawah rumah atas kerusi batu yang diwakafkan orang. Rumah yang jauh dari orang lain ini dihuni oleh sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan ting 4.

Sayu hati kami bila mendengar cerita mereka pun menyewa bendang dan rumah yang mereka duduki. Suami pula tidak dapat lagi bekerja dengan usia yang agak lanjut, tambahan pula kaki pun sudah di potong akibat kencing manis.Si isteri pula membuat kueh untuk dijual sebagai menambah pendapatan . Kami sedikit lega bila anak perempuan keluarga ini keluar bersalaman dan dari raut mukanya, nampak seorang pelajar yang berhati lurus dan tabah.

photo25002693008402565

Seusai menyampaikan sedikit sumbangan dan barangan keperluan kami pun pulang dan dengan perasaan sebak bila melihat air mata si ayah mengalir tatkala menerima sumbangan kecil kami. Benarlah kata rasul…” sedekah yang paling besar nilainya ialah ketika seseorang itu memerlukan barang tersebut… “ Allahuakbar …besarnya nikmat mu kepada kami…Terima kasih kepada semua penderma…niat murni anda semua telah kami laksanakan …

Rumah 2.

Kami sampai di rumah kedua setelah mengharungi jalan batas bendang kira-kira 4 km , satu pemandangan yang biasa di Kedah. Tempat yang diziarahi ialah Kg Alor Belat.

Setelah memastikan kederaan kami selamat meniti di atas titi batu yang lurus (perlu teknik untuk meniti supaya kereta tidak tergelincir ke dalam sungai)

Ketibaan kami disambut oleh seorang kanak-kanak yang berjalan dengan kaki separuh…kerana kecacatannya.. tapi lincah ke sana ke mari. Anak kecil ini adalah cucu kepada sepasang suami isteri yang setia . Naluri keibuan saya sangat tersentuh bila mengetahui mereka berdua menjaga kedua-dua cucu yang ditinggalkan oleh ayahnya yang menghilang entah ke mana.Si ibu pula bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang untuk mencari nafkah .

Cucu yang OKU itu berusia tujuh tahun bernama Haziq…tiada saluran asal untuk buang air, terpaksa dibuat saluran lain untuk membung najis…sehingga sekarang memakai lampin pakai buang , adik yang kecil comel pula berusia sembilan bulan …Tok Wan dan Tok lah ( panggilan orang Kedah- Tok Wan utk lelaki, Tok –untuk perempuan) yang mengurus keperluan mereka berdua.

photo25002693008402567

Menurut cerita dulu ada Jabatan Kebajikan Masyarakat beri bantuan ..tapi akhirnya ditarik balik kerana cucu mereka tidak bersekolah di bahagian Pendidikan Khas…Apalah daya kami… terdetik juga di dalam hati saya agar pegawai JKM dan Pegawai Zakat supaya datang buat siasatan dan lawatan kerana menurut Tok Wan (Tok Wan Haziq ) mereka tidak dapat membantu kes ini ..rupanya …ramai lagi rakyat kita yang perlu bantuan dan perhatian

…tak semena-mena air mata saya mengalir bila Haziq ( cucu sulung yang OKU ) itu bertanya “ Makcik beli kat mana minyak masak Saji ni ?(Haziq –sudah pandai baca walaupun tidak masuk tadika ) Saya jawab kat kedai . Dia tanya lagi..” awat makcik beli satu ja..? Allah ..terkedu saya hendak menjawabnya memandangkan kami membeli dengan bajet derma yang ada …sayapun kata “ minyak masak tu tinggal satu ja lagi… lain kali kalau ada lagi kita bawa ”Haziq pun angguk-angguk tanda faham.. dia nampak gembira sangat dengan sumbangan kami yang tak sepertinya itu…dia pun membelek-belek sumbangan yang kami bawa … ada sedikit kueh raya ..tepung…gula.. dan lain-lain…beras 10 kilogram tu mampu di angkat-angkatnya walaupun dalam keadaan duduk sahaja…bila kami menyampaikan sumbangan wang tunai untuk datoknya dan duit raya untuk dia dan adiknya…lagi bertambah kegembiraannya..tak lepas-lepas dipegangnya sampul kuning yang kami tempah khas bila hari raya…

Melihat keluarga ini …sangat menginsafkan saya sebagai ibu…seorang ibu( nenek /Tok) terpaksa menguruskan kedua-dua cucunya yang OKU dan masih kecil…dihujung usia yang semakin meningkat..dengan kudrat yang semakin berkurangan … Allah … di manakah tanggungjawab si ayah?

Mudah-mudahan kisah benar ini mampu meruntuhkan tembok keegoan kita…juga mampu menggamit dermawan diluar sana untuk turut sama menghulur sumbangan … merasai kesukaran orang lain… semoga amalan kita, susah payah kita , diterima Allah…

Ya Allah ..Engkau permudahkanlah kehidupan mereka ..Engkau kurniakan rezeki yang mudah dan luas kepada dermawan Bakul Ramadhan kali ini dan seterusnya…Ya Razzaq …Ya Fattah …satukanlah hati –hati kami dalam mempertahankan kebenaran ajaran agamaMu Ya Dzal Jalali wal ikram.

Catatan rasa: Ustazah Siti Rahmah bt Rahmat, Ketua Wanita Isma Kubang Pasu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *