Dakwah ISMA akan terus disampaikan selepas PRU-13

ISMA telah lahir secara rasmi pada tahun 1997, dan telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti dakwah dan tarbiyah untuk membetuk peribadi Muslim yang sebenar, membina keluarga Muslim yang sebenar, melahirkan masyarakat Muslim yang sebenar dan seterusnya menegakkan kuasa Islam yang mampu melaksanakan syariat islam dengan sempurna.

Penglibatan ISMA dalam PRU-13 adalah untuk menyatakan kewujudan ISMA sebagai sebuah harakah Islamiyah yang syumul, mencakupi semua bidang kehidupan, yang berteraskan keimanan yang mendalam, ibadah yang betul, akhlak yang mulia, mampu berdikari, berkasih-sayang, berpegang teguh dengan prinsip agama dan istiqamah dengan perjuangan.

Dengan bermodalkan 7 kerusi parlimen dan 2 kerusi DUN, ISMA telah berjaya menyampaikan kepada seluruh masyarakat bukan sahaja di Malaysia, bahkan di dunia mengenai perjuangan yang dibawa. Alhamdulillah, ini adalah satu pencapaian yang amat memberansangkan!

Kemenangan dalam merebut kerusi bukanlah nilaian terakhir kerana PRU akan datang lagi. Dakwah akan tetap diteruskan dan orang yang faham dan menerima dakwah yang dibawa oleh ISMA akan makin bertambah Insya Allah.

Allah memerintahkan kita supaya berjuang dan bersabar. Kemenangan adalah milik Allah, Dialah yang akan berikan kemenangan itu kepada sesiapa yang dia kehendaki.

Oleh:
Ustaz Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa
Tokoh ISMA Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *