Dakwah ISMA menuju fasa baru

dr zul

BANDAR DARULAMAN, 28 Januari – Yang di-Pertua ISMA Alor Setar, Dr. Zulkifli Yusof menyeru aktivis-aktivis ISMA agar sentiasa meletakkan diri sepenuhnya dalam Jemaah yang kini sedang melangkah ke fasa baru pengislahan umat Islam di Malaysia yang lebih mencabar.

Beliau berkata demikian dalam sesi penangguhan Mesyuarat Agung Dwi-tahunan ISMA Cawangan Alor Setar untuk sesi 2011 – 2012.

Dalam ucapan penangguhan itu juga, Dr. Zulkifli turut menekankan aspek tajarrud yang perlu ada pada setiap aktivis ISMA agar kekal bersama dengan gerakan dakwah dalam apa jua rintangan sekalipun.

Mesyuarat agung ini telah sebulat suara melantik Dr. Zulkifli Yusof untuk terus menerajui ISMA Alor Setar untuk sesi 2013 -2014. Turut dilantik dalam mesyuarat ialah Naib Yang Di-Pertua, Ustaz Mohd Kashfi Bin Ali, dan Ketua Wanita ISMA Alor Setar, Ustazah Siti Rahmah binti Rahmat.

Mesyuarat agung kali ini dihadiri oleh 32 orang ahli biasa dan ahli teras dan diadakan di Pejabat ISMA Alor Setar di Jitra, Kedah.

Senarai jawatankuasa penuh ISMA Alor Setar untuk sesi 2013 – 2014 akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *