Dakwah

OBJEKTIF

Objektif Biro Dakwah bagi sesi 2011-2013 adalah seperti berikut :

  1. Mempakej produk yang mudah difahami dan diterima masyarakat.
  2. Melahirkan tokoh-tokoh di bidang agama, isu semasa, harakah, kewanitaan dan belia.
  3. Mewujud dan mengaktifkan agensi-agensi kebajikan, agama dan kemasyarakatan.
  4. Meluaskan rabtul aam didalam masyarakat.
  5. Membina hubungan dengan badan-badan dakwah Islam yang lain di dalam dan di luar negara.
  6. Mempromosikan penghayatan Islam dalam masyarakat.

VISI

Ikatan Muslimin Malaysia adalah diantara pelopor Dakwah Islam di Malaysia yang mengesani dan mempengaruhi serta membuat anjakan perubahan jiwa, akhlak dan tamaddun umat di Malaysia.

MISI

Menggembeling segala keupayaan dan teknologi yang dimiliki oleh Ikatan Muslimin Malaysia dan masyarakat dalam melakukan Dakwah Islam dalam semua cara dan bentuk yang menepati Syarak melalui perancangan, strategi dan tindakan yang padu dan bersepadu.

PIAGAM

Bagi memastikan usaha mencapai Misi dan Visi tercapai dengan izin Allah swt, piagam Biro Dakwah adalah seperti berikut :

1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemuliaan Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta

Laman web rasmi Biro Dakwah ISMA: http://birodakwah.com
Biro Dakwah ISMA Alor Setar: Ustaz Mohd Najib bin Sulaiman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *