Di sebalik 5 Ramadhan

Peristiwa-peristiwa dalam sejarah jatuh bangun Islam yang telah berlaku pada 5 Ramadhan:

5 Ramadhan

1. Kota Antioch dapat dikembalikan semula – Pada 5 Ramadan 666H, bersamaan 19 Mei 1268M, tentera Islam di bawah pimpinan Baibars berjaya merampas kembali Kota Antioch daripada tentera Salib setelah ditawan oleh tentera Salib selama 170 tahun. Peristiwa penawanan semula kota itu sangat menggemparkan kerana ia merupakan wilayah kedua selepas Edessa yang diasaskan oleh tentera Salib di Timur pada tahun 491H bersamaan 1097M.

moshe_dayan2. Pembunuhan beramai-ramai di bandar Lod – Pada 5 Ramadan 1367H, bersamaan 11 Julai 1948M, unit komando regim Zionis diketuai oleh Moshe Dayan melakukan pembunuhan beramai-ramai di bandar Lod Palestin. Bandar itu diserbu pada waktu petang dengan tembakan bedilan meriam yang hebat. Para penduduk di situ berlindung di Masjid Dahmash untuk mengelak terkena bedilan meriam. Angka korban serangan tersebut mencecah 426 orang. Tidak cukup dengan itu, setelah serangan dan pembunuhan tersebut, orang awam diseret ke tengah-tengah bandar dan para pemuda yang ada ditangkap. Penduduk bandar Lod diberi masa setengah jam sahaja untuk meninggalkan bandar tersebut dengan hanya berjalan kaki tanpa bekalan air atau makanan yang menyebabkan ramai wanita, kanak-kanak dan orang tua meninggal dunia.

3. Kelahiran Abdul Rahman ad-Dakhil – Pada 5 Ramadan 113H, bersamaan 9 November 731M, Abdul Rahman ad-Dakhil atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Helang Quraisy’ telah dilahirkan di Damsyik, Syria. Dia adalah pengasas kerajaan Umaiyah di bumi Andalus (Sepanyol).

Tulisan asal oleh Dr. Rasyad Lasyin.

Terjemahan dan suntingan oleh:
Ustaz Mohd Najib bin Sulaiman
ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *