Dr Hesham Muhammad Qandil Perdana Menteri baru Mesir

Akhirnya teka-teki siapakah Perdana Menteri baru Republik Arab Mesir terjawab selepas pengumuman Dr Muhamad Mursi pada 24 Julai lepas. Beliau dilantik oleh Presiden Muhammad Mursi sebagai Perdana Menteri mesir yang baru menggantikan Dr Kamal Ganzouri sebagai perdana menteri sementara.

Beliau ialah Dr Hesham Muhammad Qandil merupakan Menteri Air dan Pengairan dalam kerajaan ‘Esam Sharaf kemudian disambung tugas bersama Dr Kamal Ganzouri. Pengumuman ini agak mengejutkan kerana perlantikan Dr Qandil disifatkan sebagai tiada dalam nama-nama mereka yang digembar-gemburkan.

Beliau merupakan individu bebas dan tidak mempunyai sebarang keahlian mana-mana parti. Beliau merupakan lepasan University of North Carolina dan juga lepasan Universiti Kaherah dalam bidang kejuruteraan.

Beliau lahir pada tahun 1962 dan berumur 49 tahun. Beliau akan membentuk menteri kabinetnya yang baru dalam masa yang terdekat.

Katanya selepas dilantik sebagai Perdana Mesir yang baru, bahawa kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan bentuk teknokrat iaitu kerajaan yang terdiri daripada pakar-pakar dalam setiap bidang masing-masing tanpa mengira warna Parti dan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik berdasarkan pengalaman kepakaran yang ada dan tidak terikat dengan mana-mana kumpulan berpengaruh.

Diberitakan juga Ikhwan Muslimun melalui parti FJP hanya akan mengambil 10% bahagian dalam kerajaan yang akan dibentuk nanti, namun jurucakap FJP Dr E’sam Iryan menyatakan bahawa FJP tidak menghadkan apa-apa kouta bagi FJP untuk terlibat dalam kerajaan, kerana menteri kabinet yang akan dibentuk adalah melalui tahap kelayakan.

Rujukan: FJP

Sumber: Laman FB Pilihanraya Mesir (kelolaan JK Media & Informasi ISMA Mesir)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *