Dr. Zulkifli di Sambutan Hari Kesedaran Barah Kepala dan Leher

ALOR SETAR, 10 Disember – Pengerusi I-Medik Kedah, Dr. Zulkifli Yusof telah dijemput untuk menjadi penceramah dalam Sambutan Hari Kesedaran Barah Kepala dan Leher di Star Parade siang tadi.

Program ini merupakan anjuran Jabatan Otaringologi Hospital Sultanah Bahiyah dan Malaysian Society of Otorhinolaryngologists Head and Neck Suegeons (MSH-HNS) dan berobjektif untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang penyakit-penyakit barah yang berkait dengan bahagian kepala dan leher. Turut sama menjadi penganjur bersama program ini ialah Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Kedah.

Dr. Zulkifli Yusof merupakan seorang Pakar Perunding ENT di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Beliau juga merupakan Yang di-Pertua ISMA Alor Setar.

Media ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *