Ekspedisi Gunung Keriang cabar fizikal remaja masjid

z1

ALOR SETAR, 21 November – Program ekspedisi Gunung Keriang anjuran Kelab Remaja Isma (KRIM) Alor Setar, tengahari tadi nyata mencabar fizikal dan jasmani para peserta.

Aktiviti melibatkan pendakian gunung batu kapur tersebut melalui trek yang amat berliku dan tampak berbahaya hingga ke muka gua.

Menurut pengarah program, Wan Dharmazaiman Fariz, aktiviti kali ini merupakan kesinambungan daripada siri program Remaja Cinta Masjid yang lalu.

z2

“Kita nak buktikan remaja muslim yang sentiasa ke masjid untuk beribadat dan sebagainya bukan sekadar hebat di masjid, tetapi mantap dari segenap aspek termasuklah fizikal.

“Islam mengajar umatnya untuk menjadi hebat dalam segala-galanya, bukan sekadar ibadat, tetapi sukan, akademik, kerjaya dan sebagainya,’ jelasnya lagi.

Respon para peserta amat baik dan mahukan program-program sebegini dibuat lagi pada masa akan datang.

Program yang dianjurkan bersama Jawatankuasa Masjid Alor Merah kali ini disertai kira-kira 20 orang peserta.

z3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *