Festival Sukan Tradisional NAZIM Zon Utara pupuk semangat cinta budaya bangsa

BANDAR DARULAMAN, 30 Jun – Festival Sukan Tradisional Kelab Anak Hebat (NAZIM) Peringkat Zon Utara telah berjaya diadakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman, Jitra Kedah. Festival yang melibatkan kontinjen dari empat buah negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang ini berobjektif memperkenalkan permainan-permainan tradisional di kalangan anak-anak generasi masa kini, selain membentuk semangat kerja berpasukan dan membina jati diri yang kental.

Antara acara yang dipertandingkan dalam festival sukan ini adalah seperti tarik upih, boling padang, baling tin, galah panjang, kasut tempurung dan congkak.

Festival diakhiri dengan perasmian penutup oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Kashfi bin Ali, Naib Yang di-Pertua ISMA Cawangan Alor Setar dan diikuti dengan majlis penyampaian hadiah. Johan dalam pertandingan ini dimenangi oleh kontinjen dari negeri Perak, naib johan – Kontinjen Kedah dan tempat ke-3 – Kontinjen Perlis.

Media ISMA Alor Setar

Lagi foto di https://www.facebook.com/ISMA.AlorSetar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *