Gaza diserang lagi!

19 Ogos 2011 – Jet gempur Zionis Israel telah menyerang lagi pada awal waktu subuh hari ini, 19 Ogos 2011 di beberapa kawasan pihak keselamatan di bandar Gaza, termasuk penjara dan ibu pejabat keselamatan kerajaan Hamas, yang menyebabkan seorang syahid dan mencederakan 3 yang lain selain kerosakan teruk bangunan kediaman yang bersebelahan dengannya.

Dalam serangan di kawasan yang berbeza, kanak-kanak berumur 13 tahun terbunuh dan 17 yang tercedera kebanyakkannya adalah wanita dan kanak-kanak.

Serangan tersebut mensasarkan kawasan berhampiran bandar Beit Hanoun, utara Gaza, manakala bilangan mangsa masih belum diketahui lagi.

Manakala serangan juga dilakukan ke atas terowong dan kem pelarian di Rafah, manakala Khan Younis telah empat kali di serang dalam satu masa telah menyebabkan kerosakan teruk lokasi sasaran.

Langit Semenanjung Gaza meyaksikan pergerakan secara aktif pesawat peninjau yang terbang pada ketinggian yang rendah, menunjukkan serangan akan diteruskan lagi.

Enam orang syahid, termasuk kanak-kanak dan mencederakan dua yang lain dalam serangan sejak semalam, Khamis, 18 Ogos 2011, mensasarkan sebuah rumah di bandar Rafah, Selatan Gaza ini termasuk kepimpinan sayap tentera Briged Salah al Din di Gaza.

Sumber:  Aman Palestin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *