Hidup Dengan Memberi

2memberiNo man becomes rich unless he enriches others

Itulah satu kata- kata yang menggambarkan betapa hebatnya natijah dari sifat memberi. Sebenarnya Allah yang bersifat Ar Razaq iaitu pemberi rezeki menurunkan rezeki melalui kita supaya dengannya kita dapat mengagihkannya kepada makhluk yang lain. Teringat saya perbualan baru-baru ini dengan rakan sekerja.

” Baru je dapat bonus, masa ni lah tandas nak sumbat,  tayar kereta nak pancit…” katanya mengeluh.

Saya cuba memberi lontaran idea. ” Sabarlah, kan pakcik yang nak baiki tandas tu pun dapat bahagian dari rezeki yg Allah bagi pada kita” .

Dia diam tapi kemudiannya mengiakan lontaran idea tersebut.

Sebenarnya apa yang Allah beri melalui kita ada hak yg perlu kita kitarkan pada yang lain. Dan apabila kita sebut rezeki jangan kita sempitkan pada nilaian yang berbentuk materialistik, tapi lihatlah rezeki dalam pandangan yang bersifat lebih terbuka. Sihat itu rezeki. Berapa ramai pesakit yang saya lihat di hospital baru berusia awal 30 an telah Allah tarik nikmat sihat dan diuji dengan kanser seperti kanser rahim, kanser ovari dan lain-lain. Justeru itu manafaatkan waktu sihat kita supaya dapat kita gunakan seluruh anggota dan kudrat untuk beribadah kepada Allah dan memberi manafaat pada manusia yang lain.

Masa itu rezeki.

images

Ada orang masanya banyak tapi ada orang yg memang tidak ada masa. Kalaulah masa boleh dibeli tetapi emas bukan nilaiannya walaupun pepatah mengatakan masa itu emas. Justeru bagi sesiapa yang Allah beri lebih masa bertanggungjawablah terhadap masa yang ada. Gunakan lebihan masa itu supaya dapat memberi manfaat pada yang lain.

Anak itu rezeki.

nazim

Ada orang yang tidak Allah berikan nikmat ini lalu jadilah mereka bersifat sunyi dari kerenah anak-anak. Bagi kita yang dimurahkan dengan rezeki anak-anak 1, 2,3 hatta 12 orang sekalipun, Marilah kita bersyukur dengan masam dan manisnya kerenah mereka. Kita juga turut bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kita memprogramkan kehidupan dan masa depan anak-anak kita supaya mereka menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada yang lain. Justeru itu Nabi Zakaria berdoa supaya dikurniakan anak yang dapat mewarisi  tugas sebagai daie Allah kepada keturunannya.

Ada orang Allah bagi akal yang cerdik dan keupayaan untuk menguasai ilmu. Jangan sombong dan kedekut kerana itulah rezeki dari Allah. Teruskanlah mengitar ilmu tersebut dengan menyampaikan dan memberi. Lihatlah berapa ramai ulama yang dilahirkan hasil didikan imam imam muktabar seperti Imam As Syafie, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah.

Biasakan memberi pesanan kepada anak anak supaya menolong rakan rakan yang kurang memahami sesuatu subjek sehingga mereka faham setanding dengan apa yang difahami oleh anak. Allah akan memberi keberkatan ilmu yang kita kitarkan bahkan memberi kefahaman yang lebih jelas kepada kita yang banyak memberi.

Tiada orang yang pernah menjadi miskin dengan apa yang diberinya bahkan hartanya, masanya, ilmunya dan lain lain yang diberikan akan disuburkan dengan sifat memberi ini. Binalah sifat memberi ini dalam diri kita dan anak-anak.

Bahkan orang bukan Islam pun mengakui kuasa dan kehebatan dari sifat memberi. J Powell dalam bukunya ” the power of gratitude” (kuasa bersyukur) telah megenengahkan ayat Allah

Sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku tambahkan rezeki tersebut….

Tiada orang yang tidak pernah mempunyai apa-apa untuk diberikan. Lihatlah Saydatina Aisyah yang memberi kurma kepada wanita yang datang meminta makanan sambil mendukung anaknya sedangkan ketika itu hanya sedikit yang dipunyai Aisyah. Pasti dalam hidup ini ada sesuatu yang dapat kita berikan; wang ringgit, masa, ilmu hatta senyuman ikhlas yang dapat melegakan  lelah dan penat seseorang juga adalah pemberian. Teruskanlah hidup dalam memberi kerana Rasulullah pernah bersabda,

Dari Jabir bin Abdullah yang bermaksud “Sebaik baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”. Marilah kita mentarbiyah diri kita supaya bermuamalah dengan muwasafat muslim ini.

Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *