I-Medik Kedah serah RM7700 kepada Rumah Anak Yatim Kuala Sanglang

ksl_01

KUALA SANGLANG, 23 Mac – I Medik cawangan Kedah telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM7700 kepada Rumah Anak Yatim Kuala Sanglang petang semalam.

Sumbangan telah diserahkan oleh Pengerusi I-Medik cawangan Kedah, Dr Murizah Mohd Zain yang juga merupakan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Sultanah Bahiyah kepada pengetua Rumah Anak Yatim Kuala Sanglang, Ustazah Nusaibah.

Sumbangan berjumlah RM7700 itu diperoleh hasil sumbangan ikhlas kakitangan Hospital Sultanah Bahiyyah dan rakan I-Medik. Sumbangan tersebut diserahkan dalam bentuk wang ringgit dan kelengkapan rumah seperti peti ais, periuk nasi dan mesin basuh.

ksl_02

Seramai 30 anak yatim yang menerima sumbangan tersebut merasa sangat gembira dan terhibur dengan sumbangan dan kehadiran aktivis I-Medik, para pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan pelajar Universiti Malaysia Terengganu yang sedang melaksanakan subjek elektif di Jabatan Sajian Hospital Sultanah Bahiyah. Kehadiran I-Medik telah disambut meriah dengan aluan nasyid dan kompang oleh anak-anak yatim tersebut.

Ustazah Nusaibah turut berbesar hati dengan kunjungan dan sumbangan yang telah diberikan oleh I-Medik cawangan Kedah. Hal ini kerana rumah anak yatim ini baru sahaja beroperasi selama 5 bulan dan memerlukan banyak keperluan asas. Beliau juga berharap hubungan yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *