Ibadah korban: Tuntutan agama zaman-berzaman

ALOR SETAR, 7 November – Sebagai memenuhi tuntutan agar melaksanakan ibadah korban, ISMA Alor Setar turut sama menganjurkan Majlis Ibadah Korban ISMA Alor Setar.

Program yang berlangsung di Taman Pulai Jaya, Jalan Langgar bermula jam 8.00 pagi dengan 3 ekor lembu berjaya dikorbankan. Program dilaksanakan oleh aktivis-aktivis ISMA di sini dengan bantuan penduduk sekitar yang sedia berpengalaman.

Daging-daging dilapah dan dibahagikan kepada penduduk sekitar manakala sebahagian lagi dimasak sup dan goreng untuk dijamu tengahari.

Walaupun program ini tampak ringkas, ibadah korban ini sebenarnya memberi satu kepuasan dalam beribadah khususnya bagi mereka yang mengambil bahagian dengan asas taqwa, berdasarkan dalil al-Quran

“Daging-daging korban dan darahnya itu, sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, akan tetapi (keikhlasan) yang lahir dari ketaqwaan darimulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah memudahkan bagimu (binatang korban itu) untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah lantaran petunjukNya kepadamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.” (Surah al-Haj : ayat 37)

Kerjasama dan muafakat antara ISMA Alor Setar dengan penduduk setempat sendiri memberi simbol kepada silaturrahim antara insan seaqidah adalah sangat dituntut dalam hal-hal asas dalm Islam contohnya melaksanakan ibadah korban.

Media ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *