Ibrah Badar Kubra dari Kembara Badar ISMA Alor Setar

Alor Setar, 12 Ogos – Program tahunan Rehlah Mahsyi atau lebih dikenali dengan Kembara Badar Kubra berjaya dilaksanakan untuk Ramadhan 1432H kali ini, dengan matlamat mengambil semangat dan menelusuri sejarah perjuangan umat Islam terdahulu sewaktu Peperangan Badar.

Program yang melibatkan sebahagian besar aktivis ISMA dari Alor Setar, Jitra dan Sungai Petani bermula dengan taklimat ringkas sebelum berjalan beramai-ramai di tengah-tengah sawah padi berhampiran Taman Pulai Jaya.

Seusai berjalan bersama-sama, majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama-sama turut diadakan. Program diakhiri dengan tazkirah Badar Kubra oleh Ustaz Abdul Fisol bin Md Isa, Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA Alor Setar.

Media ISMA Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *