Iftar Si Cilik latih anak-anak NAZIM imarah Ramadhan

BANDAR DARULAMAN, 3 Ogos – Kelab NAZIM Alor Setar telah berjaya mengadakan program Iftar Si Cilik untuk ahli-ahli kelab.

Program bermula pada pukul 6.30 ptg dengan aktiviti Tadarus al-Quran untuk anak Tahap 2 dan Hafazan untuk anak Tahap 1. Anak-anak dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil dengan dipantau oleh 12 orang fasilitator di kalangan Sahabat PEMBINA IPDA.

Selepas bertadarus, anak-anak berbuka dengan juadah ringan seperti kuih dan tamar. Setelah selesai solat Maghrib, mereka dihidangkan dengan nasi berlaukkan tomyam, telur dadar dan ayam bakar hasil ‘air tangan’ bonda-bonda NAZIM. Anak-anak makan dengan penuh selera.

Setelah selesai menjamu selera, mereka mendengar Tazkirah Ramadhan oleh Abang Mohd Saufik. Anak-anak mendengar dengan penuh perhatian. Mereka kemudiannya mendirikan solat isya dan Tarawih diimamkan oleh Abang Muhammad Fakaruddin.

Majlis selesai pada pukul 10 malam. Anak-anak pulang dengan titipan kad Ramadhan dan Hari Raya dari NAZIM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *